Monday 1 July 2013

Minyak ikan..... Omega 3

OMEGA 3…… EPA? DHA?
Dua asid lemak Omega 3 yang sangat penting, iaitu EPA dan DHA ada pada semua jenis ikan. Oleh sebab tubuh kita tidak dapat mengeluarkan EPA dan DHA sendiri, kita mestilah mendapatkannya melalui makanan mahupun supplemen tambahan.
Apa pentingnya EPA dan DHA????
EPA dan DHA bagus kerana ia membantu menghalang pelbagai penyakit berbahaya, misalnya arthritis, tekanan darah tinggi, asthma, kanser, fibroid, masalah jantung dan banyak lagi. Selain itu, minyak ikan juga bagus untuk menghalang penyakit berjangkit, misalnya selesema dan demam dengan cara menguatkan system imunisasi tubuh.
EPA dan DHA secara ringkasnya adalah pemangkin kepada perkembangan otak, fungsi system saraf dan penglihatan. Dalam sehari, anda dinasihatkan untuk mengambil secara purata 500mg omega 3 yang terdapat pada ikan. Jika anda memakan ikan yang kaya dengan omega 3 sebanyak dua kali seminggu, misalnya salmon, tuna, mackerel, anda telah Berjaya mencapai saranan ini. Namun, jika anda memang tidak suka / tidak boleh makan ikan, gantikan sahaja dengan kapsul minyak ikan.
Bagi mereka yang ingin mengambil minyak ikan dalam bentuk kapsul, perhatikan jumlah milligram EPA dan DHAnya, bukannya jumlah milligram minyak ikan itu sendiri. Tambahkan jumlah EPA dan DHA untuk mengetahui jumlah keseluruhan Omega 3.
Minyak ikan vs kanser payudara:
Para pengkaji telah menemui fakta bahawa asid lemak yang terkandung dalam minyak ikan membantu melawan serangan kanser payudara menerusi serapan propofol. Ia bukan sahaja menghalang penyebaran sel dan pembentukan tumor baru, bahkan ia mampu membunuh sesetengah sel sebelum jauh merebak. Jadikanlah minyak ikan sebagai makanan tambahan yang perlu anda ambil.

Minyak ikan vs sakit jantung:
Persatuan Jantung Amerika Syarikat telah mengeluarkan laporan kajian yang dilakukan oleh beberapa penyelidik Jepun. Parap enyelidik ini telah membuat kajian terhadap 18,000 orang dalam jangka masa 5 tahun. Kajian itu menyatakan penggunaan minyak ikan bersama-sama statins (dadah untuk menurunkan paras kolesterol) lebih berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit jantung berbanding penggunaan dadah statins itu sahaja.
Fungsi minyak ikan itu sendiri turut diuji untuk keadaan mati mengejut akibat penyakit jantung, serangan jantung, pembedahan membuka kembali arteri yang tersumbat dan pembedahan jantung. Hasilnya, penggunaan bersama minyak ikan dengan statins telah Berjaya mengurangkan sebanyak 20% risiko penyakit jantung walaupun pesakit Cuma mengambil beberapa gram hidangan ikan sehari.

Minyak ikan vs kecantikan kulit.
Dalam dua kajian yang berbeza, minyak ikan diakui berkesan untuk mengurangkan kesan-kesan kulit terbakar akibat panahan matahari (sun-burn). Sukarelawan yang melalui kajian ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengambil minyak ikan dan kumpulan kedua tidak. Kumpulan yang mengambil minyak ikan akan mengalami kesan terbakar pada kulit setelah berjemur selepas enam bulan. Manakala kumpulan yang tidak mengambil minyak ikan mendapati kulit mereka mudah terbakar dengan begitu pantas iaitu antara satu hingga 3 bulan.

Minyak ikan vs system pencernaan
Orang yang mengamalkan minyak ikan jarang mengalami masalah sembelit mahupun buasir. Ini kerana gabungan pengambilan minyak ikan, serat mudah larut dan antioksidan membantu tubuh membina system anti radang dan mengurangkan gejala ulser di dalam usus.

Minyak ikan vs tekanan perasaan.
Semua manusia mempunyai lemak di dalam otaknya. Paling menakjubkan, hamper setengah daripada berat bersih otak adalah dari kandungan lemak. Sesetengah jenis lemak ini boleh menjadi penghalang kepada perkembangan membrane sel. Asid lemak Omega 3 khususnya minyak ikan, membantu membina sel membrane, menjadikannya lebih fleksible dan mengatur perjalanan hormone dan mesej kimia yang lain, yang mana semua ini member kesan terhadap mood dan perasaan manusia.



 
Best kan omegaguard ni..... jomlah cuba.....
Feel free to contact 0183112118
4dtomeiiii akan berikan anda harga teristimewa!!!!! Cepat!!!! Bertindak sekarang!!!!
 
Till then... salam ceria u ols :)

No comments:

Post a Comment