Tuesday 3 September 2013

Atasi sakit kepala tanpa ubat....



HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT????
Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun, bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat? Atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat?  Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:
         i.            Minum air kosong / air limau purut / teh
a.       Badan anda kemungkinan mengalami dehidrasi. Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik sama ada air kosong, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong perlahan-lahan dan berehatlah. 

       ii.            Bernafas lebih tenang sambil menutup mata
a.       Kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia bernafas secara ‘betul’. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi, tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rehatkan otot mata).
      iii.            Spa / Stim / Mandi wap panas
a.       Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan di rumah. Anda juga boleh mengunjungi spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim.

   
  iv.            Picit / urutan kepala
a.       Ambil tuala kecil dan basahkan dengan air sejuk. Tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan ketegangan yang berlaku di sekitar kepala.

     
  v.            Meditasi / tidur
a.       Cara paling mudah dan berkesan. Berhentilah daripada melakukan sebarang pekerjaan. Tutup lampu / langsir / televisyen dan lain-lain. Berehat dan tidurlah dengan aman.

      
vi.            Fikirkan perkara yang menenangkan.
a.       Sakit kepala ada kalanya timbul akibat stress dan terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan. Apakah anda kerap mengerutkan dahi, meninggikan suara ketika marah mahupun menjerit ketika dalam kesesakan jalan raya? Jika jawapannya ya, kurangkan daripada bersikap begitu. Jika situasi begitu sering anda lalui, berhentilah, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut. Ulang sebanyak dua kali.

Okay.... itulah di antara cara n kaedah nak hilangkan sakit kepala tanpa menelan sebarang ubat-ubatan.... 
Bolehlah try amalkan eh...
Ok.... tak lama je lagi....entry seterusnya...
4dtomeiiii akan berkongsi tips daripada shaklee pula ek.

sekian dulu....
salamsayang4dtomeiiii :)

your Shaklee Independent Distributor
SID 911292 Tina Ismail
Selangor / KL / Putrajaya

No comments:

Post a Comment