Saturday 31 August 2013

Sakit Kepala????

Pelbagai jenis sakit kepala & cara mengatasi
Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit sakit kepala tidak kira siapa ataupun pekerjaan apa. Sebenarnya terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi. Antaranya ialah kurang tidur, stress disebabkan kerja  (surirumah tidak terkecuali) atau tekanan pelajaran.
Ia boleh terjadi pada keseluruhan atau sebahagian kepala. Lebih teruk, ia boleh menjalar ke wajah, mata, gigi, rahang bawah dan leher. Ia boleh datang dalam bentuk nyilu, berdenyut-denyut, berat, menusuk dan pelbagai lagi. Ada yang hanya mengalaminya sekejap sahaja, namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.
Kenali jenis-jenis sakit kepala yang anda alami dan langkah pencegahan yang anda perlukan.
Sakit kepala yang biasa kita dengar ialah migraine, tension headache dan cluster headache. Sakit kepala jenis ini sering dialami oleh kaum wanita. Ia dikenali sebagai penyakit utama (primer)yang berkaitan dengan aktiviti kimia di dalam otak, pembuluh darah dan saraf atau masalah otot kepala dan leher. Biasanya sakit seperti ini berkaitan dengan aktiviti tertentu seperti sakit kepala berat kerana aktiviti lasak, batuk atau bersin atau selepas hubungan intim. Sakit kepala primer juga disebabkan oleh factor hormone, pengambilan alcohol, pemakanan, perubahan pola tidur / kurang tidur, ubat-ubatan, lewat makan, serta tekanan fizikal dan mental.
Sakit kepala sekunder pula terjadi berpunca daripada penyakit lain. Ia seperti tumor otak, influenza, radang selaput otak, penyakit berkaitan mata, radang hidung, dan sinus serta hipertensi. Sakit kepala akibat radang sinus atau hipertensi antara punca yang sering menyebabkan keadaan ini berlaku.
AWAS!!!!
Sakit kepala boleh juga menjadi tanda penyakit kronik seperti strok, tumor dan radang otak. SEGERALAH berjumpa pakar jika anda mengalami sakit kepala yang teruk atau sakit kepala yang disertai gejala-gejala berikut:
ü  Sukar berkata-kata
ü  Pitam atau pengsan
ü  Suhu demam melebihi 39 darjah celcius
ü  Pening berterusan
ü  Mual atau muntah yang tidak diketahui punca
ü  Sukar berjalan
ü  Rasa lemah atau lumpuh sebahagian badan
ü  Leher kejang
ü  Sukar melihat
ü  Bingung atau sukar memahami percakapan
ü  Perubahan tingkah laku

SAKIT KEPALA SINUS:
Jika anda sering mengalami tekanan sekitar mata, pipi dan kening serta kepala berdenyut-denyut, ia mungkin disebabkan penyakit sinusitis. Walau bagaimanapun, jangan membuat andaian sendiri berkaitan penyakit ini kerana ramai menyangkakan mereka menghidap sakit kepala sinus tetapi sebenarnya mereka cuma mengalami migraine atau tension headache saja. Pergilah membuat pemeriksaan dengan pakar dan jika disahkan anda menghidap sinusitis, anda mungkin akan diberi antibiotic, ubat untuk melegakan pernafasan (nasal spray) ataupun terpaksa melakukan pembedahan. Jadi, untuk mengelakkan ia terjadi, jagalah kebersihan saluran sinus, selalu mencuci tangan, jangan merokok atau terdedah kepada asap dan prihatin dengan tahap kelembapan udara sekeliling anda.
TENSION HEADACHE:
Ia boleh menyebabkan rasa sakit (ringan atau sedang) di sekeliling kepala, leher dan wajah. Boleh terjadi sekiranya anda stress, cemas, atau letih. Sakit kepala seperti ini bersifat umum dan puncanya masih belum dikenalpasti. Namun ia mudah diubati dengan cara berikut:
ü  Makan ubat yang betul
ü  Tuamkan ais yang dibungkus dengan kain ke kepala
ü  Mandi di bawah pancuran air hangat
ü  Mengatur jadual kerja dengan baik
ü  Ambil sedikit masa untuk diri sendiri dengan cara berehat santai atau bercuti
ü  Picit perlahan pada bahagian otot kepala, leher dan bahu dengan hujung jari anda atau minta orang lain untuk melakukannya.

Cuba perhatikan postur badan anda. Adakah ia dalam posisi yang betul? Ketika berdiri sebetulnya tahan bahu ke belakang dan kepala ke atas. Tahan perut ke dalam dan turunkan sedikit dagu. Ketika duduk pula, pastikan peha selari dan kepala tidak ke depan.
MIGRAIN:
Ia menyebabkan rasa sakit berulang-ulang di satu sisi kepala selama beberapa jam dan ada yang berlanjutan sehingga beberapa hari. Lebih teruk, anda hanya ingin berbaring di tempat gelap dan sunyi. Ada yang mendapat tanda-tanda migraine seperti terlihat kilatan cahaya, lemas atau kebas pada kaki dan lengan. Kadang-kadang ia turut disertai rasa mual, muntah dan sangat sensitive terhadap cahaya dan bunyi. Wlaupun tidak dapat disembuhkan, ubat-ubatan cukup membantu. Jika masih tidak berkesan, berjumpalah dengan doctor. Di sini ada beberapa cara yang boleh mengurangkan symptom migraine:
ü  Lakukan perubahan pada gaya hidup anda
ü  Lakukan meditasi atau yoga dan peruntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk perkara yang menenangkan seperti membaca muzik, berkebun atau membaca.
ü  Dapatkan tidur yang cukup. Bagi orang dewasa, enam hingga lapan jam sudah mencukupi. Sebaiknya tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
ü  Jika stress, berehat di tempat gelap dan sunyi.
ü  Sediakan satu diari dan tuliskan apa sahaja berkaitan migraine anda. Catatan tersebut membantu anda berjaga-jaga dengan punca migraine dan mencari rawatan yang berkesan.

CLUSTER HEADACHE:
Sakit kepala jenis ini cukup menyakitkan. Kepala terasa seperti ditusuk pada satu bahagian dan kebiasaannya berlaku di sekitar mata. Ia sering menyerang kaum lelaki di malam hari dan ia berkait rapat dengan pengambilan alcohol. Ia boleh terjadi berminggu-minggu malah lebih teruk berbulan-bulan. Namun, ia tidak seteruk mereka yang mengalami migraine atau tension headache. Pelbagai rawatan dapat membantu untuk mengurangkan daripada terkena serangan. Ubat yang sesuai turut membantu. Selain itu, anda boleh mengikuti panduan ini:
ü  Jauhi minuman beralkohol
ü  Kurangkan pengambilan garam dalam makanan
ü  Tetapkan rutin tidur anda setiap hari
ü  Jangan merokok atau jauhi diri dari asap rokok
ü  Elakkan dari terdedah atau terhidu bahan-bahan yang mudah meruap seperti minyak tanah atau cat minyak.

SAKIT KEPALA KERANA HIPERTENSI:
Hipertensi atau tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya, kepala terasa berat dan leher menjadi tegang. Selain factor keturunan, cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Elak atau kurangkan makanan tinggi lemak, bergaram, jangan stress dan rajin bersenam. Jika anda sakit kepala kerana tekanan darah tinggi, segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Bagi yang sudah sedia mempunyai penyakit ini, pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak mencukupi. Ia harus disertai dengan amalan gaya sihat.
Credit to majalah RAPI for the article.....

Nak tau apa yang boleh shaklee bantu untuk meredakan atau menghalang sakit kepala berpanjangan???
ok....sila tengok entry akan dtg ok...

4dtomeiiiiloveuols... :))




No comments:

Post a Comment