Monday 18 March 2013

Tips Mengatasi Perasaan Sentiasa Lapar

Nafsu makan atau pun perasaan sentiasa rasa ingin makan atau lapar adalah saling berkait. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi situasi tersebut, antaranya disebabkan oleh kesihatan atau faktor penyakit. Antara penyakit yang menyebabkan keadaan cepat lapar ialah penyakit gastritis atau masalah ulser perut.
Masalah lain yang berkaitan dengan keadaan ini termasuklah penggunaan dadah, antibiotik, pil hormon termasuk methamphethamine, masalah hormon seperti terlebih hormon tiroid, penyakit kencing manis, kurang tidur, bulimia, masalah parasit seperti cacing pita, pre-menstrual mode dan sebagainya. Jadi, menyedari betapa banyaknya punca dan faktor keadaan cepat lapar dan makan berlebihan ini, adalah lebih baik sekiranya individu itu menjalani pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
Seandainya tiada masalah kesihatan yang berkaitan, mungkin kita boleh mengikuti tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal perasaan lapar, makan berlebihan di samping membantu mengawal berat badan:

# Lebihkan makanan yang mengenyangkan
      - Buah dan sayur adalah makanan yang kaya dengan kandungan air dan serat yang boleh mengenyangkan anda dengan cepat. Disyorkan anda memakan buah atau sayuran terlebih dahulu sebelum memakan nasi.

# Makan lebih protein
     - Diet yang kaya dengan protein akan lebih mengenyangkan. Dengan syarat, sumber protein itu tidak boleh mengandungi lemak yang tinggi seperti daging kambing, organ dalaman, makanan laut dan sebagainya yang perlu dielakkan. (hmmm tau kan sumber protein yang sedap dan menyihatkan???? Tentulah Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee...... hehehehe)

# Kurangkan makanan berlemak dan air berkabonat
     - Kajian menunjukkan tikus makmal yang diberi makan makanan yang berlemak akan menyebabkan hormon yang memberi rasa kenyang tidak lagi berfungsi. Cuba amalkan minuman jus buah segar atau pun susu rendah lemak.

# Makan kudapan secara bijak
     - Makan kudapan secara sedikit demi sedikit di antara waktu makan. Ini akan mengurangkan selera anda yang besar ketika ingin makan malam contohnya. Tetapi.... anda perlu memilih kudapan secara bijakseperti kekacang, keju atau pun makanan yang kaya dengan protein.

# Kunyah secara perlahan dan fokus terhadap makanan
    - Kunyah dan nikmati makanan anda selama 20 minit. Selalunya selepas itu, anda akan terus berasa kenyang dan tidak ingin meneruskan untuk makan lagi. Jangan makan sambil menonton televisyen atau membaca buku kerana tanpa fokus anda akan mengunyah dengan laju dan tidak sedar anda sudah makan dengan banyak. Cara lain ialah....... ambil saiz hidangan yang kecil dan secukupnya sahaja.... (jangan tamak)!!

# Minum air dengan banyak / Minum sebelum makan
     - Minum 15 minit sebelum makan dan bukannya semasa makan. Ia akan mengurangkan selera anda makan serta menghalang perut buncit. Hehehe air kosong tau!!!

# Gantikan dengan chewing gum
     - Kadangkala anda rasa ingin mengunyah sesuatu walaupun tidak lapar. Pada waktu inilah chewing gum amat berguna. Sentiasalah simpan stok anda, tetapi pastikan pilihan chewing gum juga bersesuaian seperti sugar free dan sebagainya....

Okey, itulah dia tips-tips yang saya perolehi dan telah diedit serba sedikit daripada sumber majalah harmoni.

Daripada sudut alternatif, saya ingin mengesyorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu masalah nafsu makan dan cepat lapar ini...

Antara produk Shaklee yang terbaik untuk masalah ini ialah:

1. Energizing Soy Protein (ESP) - mengenyangkan dan meransang metabolisme badan sekiranyadi ambil seawal pagi ketika perut kosong. Esp bukan sahaja mengenyangkan dengan rasa soya yang enak tetapi juga bermanfaat kepada kulit dan kesihatan keseluruhan.

2. Cinch - Mengawal selera makan dan cepat mengurangkan lemak badan. Cinch diperkayakan dengan leucine yang boleh membakar lemak dan mengekalkan otot, maka akan menghalang badan daripada menggeleber dan gemuk semula setelah kurus.


Sekian dulu buat kali ini..... harap-harap tips ni sikit sebanyak dapat membantu u ols okay.
Sharing is caring.....
Moga bertemu lagi dalam post yang lain bersama 4dtomeiiii. muahssss....

No comments:

Post a Comment