Punca dan Akibat Hemoglobin rendah ketika hamil
Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin; selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg-27mg sehari.
Namun, kebanyakkan wanita tidak memilih bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamilan lagi. Jadi, badan ibu ini tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya buat ibu dan kandungannya terutamanya apabila masuk trimester ke 2 dan ke 3. Apabila sampai ke satu tahap di mana badan ibu tidak mempunyai bekalan zat besi lagi, penghasilan hemoglobin akan terhenti dan ibu dikhuatiri mendapat anaemia.
Risiko ibu untuk mendapat anaemia juga meningkat jika ibu mengalami:
- Morning sickness yang teruk
- Hamil kembar atau lebih
- Mengambil diet yang kurang zat besi
Walaupun seringkali berpunca dari kekurangan zat besi, anaemia semasa hamil juga boleh disebabkan oleh kekurangan asid folic (vitamin B12). Supplement Vitamin B Compleks Shaklee membekalkan asid folic yang cukup untuk ibu hamil.
Ibu hamil yang mengalami anaemia biasanya…. Letih, lemah, pucat, pening dan sakit kepala, seringkali sesak nafas / semput serta sukar focus.
Adakah anaemia semasa hamil akan mempengaruhi perkembangan bayi?
Lazimnya, bayi akan tetap mendapat keperluan zat besinya terlebih dahulu dari ibu. Namun, anaemia semasa hamil boleh membawa kepada:
- Bayi lahir tidak cukup bulan
- Bayi kurang berat badan
- Bayi lahir mati “stillbirth”
- Tumpah darah semasa bersalin
- Peningkatan risiko kemurungan / meroyan (postpartum depression)
- Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anaemia
Jadi, anaemia semasa hamil mestilah dipandang serius oleh ibu mengandung kerana risiko yang datang bersamanya adalah besar. Maka, amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti :
- Daging merah
- Kacang
- Tofu
- Kismis
- Sayuran hijau
- Kerang
Ibu hamil juga dinasihatkan untuk mengambil prenatal vitamin agar si ibu menerima vitamin lain secukupnya…
Shaklee ada menawarkan supplement untuk ibu hamil yang mana set ini membantu dalam meningkatkan paras hemoglobin dan memberikan kesegaran dan tenaga buat ibu hamil. Dengan set kehamilan ini juga, badan rasa bertenaga, menghilangkan sakit pinggang, menghalang rasa mual, pening, loya yang mengakibatkan muntah teruk, serta member kelegaaan kepada system pelawasan.
Apa yang terkandung dalam set kehamilan ini?
- Vita lea
- Vitamin C
Berminat untuk tahu lebih lanjut??? Hubungi 018 311 2118 J
No comments:
Post a Comment