Saturday 6 July 2013

Morning Sickness

Mengapa WANITA HAMIL mengalami morning sickness????

Wanita bergelar ibu  pasti pernah merasakan derita morning sickness iaitu rasa loya dan mual yang disertai oleh muntah-muntah yang teruk. Biarpun digelar morning sickness, tetapi ia bukan hanya dialami pada waktu pagi sahaja, kerana ada juga yang mengalaminya pada waktu petang, mahupun malam. Malahan ada yang sehari suntuk sehingga mengganggu semua urusan dan rutin harian.

Di dalam istilah perubatan, muntah-muntah ini disebut sebagai hyperemesis gravidarum dimana hyper dan emesis membawa makna muntah yang berlebihan. Kajian menunjukkan hampir 50-90 peratus daripada wanita hamil mengalami mual dan muntah-muntah pada trimester pertama kehamilan iaitu pada tiga bulan pertama kehamilan.

Jika anda mengalaminya, usah terlalu risau. Rasa loya dan mual ini tidak mendatangkan sebarang implikasi buruk kepada bayi selagi anda tidak mengalami dehidrasi yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. Apatah lagi, sindrom loya dan muntah ini akan hilang dengan sendirinya pada akhir trimester pertama dan anda akan memasuki trimester kehamilan berikutnya dengan perasaan dan keadaan yang lebih baik.

APAKAH PENYEBABNYA????

1. Peningkatan hormon estrogen
    - peningkatan hormon estrogen membuatkan kadar asid di perut bertambah sehingga menimbulkan rasa  
      mual. Rasa loya ini biasanya muncul pada waktu pagi ketika perut ibu berada di dalam keadaan kosong.

2. Perubahan metabolisme glikogen hati
    - Kehamilan menyebabkan metabolisme glikogen hati yang menjadi pemicu rasa mual dan loya yang
      dialami oleh ibu hamil.

3. Faktor HCG
    - Rasa mual juga dipengaruhi oleh peningkatan kadar hormon Human Chorionic Gonodotrophin 
      (GHC) yang dihasilkan oleh plasenta pada peringkat awal kehamilan. Disebabkan hormon ini dihasilkan
      oleh plasenta, maka wanita hamil kembar lebih teruk mengalaminya.

4. Faktor psikologi
    - Keadaan ibu yang tidak bersedia untuk hamil akan membuatkan mereka berasa tertekan sewaktu
      proses kehamilan. Perasaan tertekan itu turut menyebabkan rasa mual dan muntah.

BAGAIMANA MENANGANINYA????

Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap. Jangan makan dalam kadar banyak kerana ia hanya akan membuatkan anda bertambah mual. Berusahalah untuk makan sewaktu anda dapat makan, dengan jumlah yang sedikit tapi kerap.
Pengambilan halia dalam menu harian dikenalpastioleh Dr. Francesca Borelli dari University of Naples Frederico, Italy sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa mual dan muntah sewaktu hamil. Malah laporan beliau di dalam jurnal Obsterics & Gynecology menjelaskan halia lebih efektif untuk menghilangkan rasa loya dan muntah berbanding vitamin B6.
Jauhi bau yang kurang menyenangkan. Kehamilan membuatkan deria bau anda menjadi begitu peka dan sensitif terhadap sesetengah bau. Justeru, elakkan daripada menghidu bau-bauan seperti asap rokok, minyak wangi atau makanan yang boleh menimbulkan rasa mual.
Asam, makanan kaya zat besi dan vitamin boleh mencegah rasa loya dan muntah dikalangan ibu hamil. Begitu juga  dengan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein. Namun, jauhi makanan berlemak, berminyak dan pedas yang memburukkan lagi rasa mual anda. Jauhi juga minuman berkarbonat dan mengandungi kafein yang tinggi kerana boleh memudaratkan bayi anda dalam kandungan.
Stress akan memburukkan lagi rasa mual anda. Justeru, berehat sangat membantu anda untuk mengatasi rasa mual dan muntah. Luangkan waktu untuk bersantai, baca buku atau majalah sambil mendengar muzik.

Apa produk shaklee yang membantu??

PEPPERMINT-GINGER PLUS

Secara klinikal, kombinasi 4 herba yang terdapat di dalam produk ini sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah loya, mual, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

PUDINA : Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu, ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyengarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA : Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan,

POKOK ADAS : Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu, juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS : Digunakan oleh orang Mesir purba untuk melegakan masalah pencernaan dan gejala PMS, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa, melegakan haba pada musim panas dsn lembab, memberi peredaran tenang



ESP ~ Energizing Soy Protein

Dapatkan stok anda SEKARANG!!!
PM/Whatsapp 0183112118 untuk harga yang menarik... :)

Till then.... salamceria daripada 4dtomeiiii..... :)

 

No comments:

Post a Comment