Sunday 19 May 2013

Keputihan

Masalah keputihan adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh golongan wanita, tidak kira sama ada sudah atau belum berkahwin. Keputihan adalah masalah yang kedua menghantui wanita sesudah masalah gangguan kitaran haid. 

Apa yang dikatakan keputihan? Masalah keputihan ialah, pengeluaran lebihan cairan daripada vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa; namun ada juga yang merasakan keputihan ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah keputihan yang perlu diberi perhatian ialah sama ada tahap keputihan itu adalah normal atau abnormal (disebabkan jangkitan / penyakit).

Pengeluaran cairan daripada vagina (discharged) adalah normal pada usia yang produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya adalah sedikit, jernih, tidak berbau serta tidak gatal. Namun sekiranya sebaliknya yang berlaku, mungkin terdapat jangkitan yang memburukkan lagi masalah keputihan tersebut.

Kebiasaannya, cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Secara fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa ovulasi, pre-menstrual dan selepas haid, terdapat rangsangan seksual, serta semasa hamil. Sifat serta banyaknya cairan yang keluaran boleh menjelaskan sebab ianya berlaku. Selain itu, petunjuk lain juga penting untuk menjelaskan tahap masalah keputihan tersebut. Petunjuk tersebut termasuklah tempoh ianya berlaku; sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja; warna cairan tersebut, bau disertai rasa gatal atau tidak.  

Faktor-faktor yang menyebabkan keputihan menjadi tidak normal adalah:

# Jangkitan kulat - pengeluaran keputihan berwarna kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal. Kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monilia.

# Jangkitan kuman trichomonas - pengeluaran keputihan berwarna kehijauan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal yang melampau.

# Jangkitan bakteria vaginosis - pengeluaran keputihan berwarna kelabu serta berbau yang tidak menyenangkan.

# Penyakit yang menular melalui hubungan seks - pengeluaran keputihan bersifat'cheesy', berbau serta kadangkala bercampur darah.

# Kanser pangkal rahim - pengeluaran keputihan yang biasa, tidak gatal TETAPI berbau busuk.

Lain-lain punca keputihan adalah:

@ Vaginitis atropik yang timbul pada ketika usia lanjut (menopause) yang mana kebiasaannya disertai rasa nyilu sebab kurangnya hormon estrogen.

@ Pengambilan ubat-ubatan antibiotik yang mengandungi estrogen.

@ Kehadiran bendasing seperti benang, kain atau apa sahaja yang secara sengaja / tidak sengaja di dalam vagina.

Apa yang perlu dilakukan????

1. Jaga kebersihan vagina bagi menghindari penyebab keputihan.

2. Jangan menggunakan pembersih vagina (intimate wash) dengan terlalu kerap dan berlebihan. Ini kerana, ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang berfungsi untuk memerangi bakteria luaran.

3. Menjauhi tekanan / stress yang berlebihan.

4. Memastikan paras glukosa yang stabil dalam badan (terutamanya bagi penghidap diebetes) 

5. Segera berjumpadoktor sekiranya keadaan keputihan menjadi tidak normal (bertukar warna, berbau serta gatal) serta keluar secara berlebihan.





Bagaimana Shaklee membantu dalam masalah keputihan????

Dapatkan Alfalfa daripada shaklee untuk mengatasi masalah keputihan. Sila rujuk testimonial di bawah:

 


 






Tunggu apa lagi??? Jom dapatkan alfalfa.....


 Terima kasih & credit to: vitaminshop.blogspot












Kenali tubuh anda.... rawatlah masalah anda....
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 0183112118 :)

Sekian dulu.....4dtomeiiii akan kembali lagi dengan info & tips lain...
Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment