Sunday 19 May 2013

Kekal Cantik di Usia Pertengahan

Setiap wanita tidak kira usia, sama ada golongan remaja, di usia pertengahan mahupun di usia emas, pasti mementingkan kecantikan dan penampilan yang menarik. Wanita usia pertengahan misalnya kebanyakkannya telah bergelar ibu ini haruslah lebih menitikberatkan kecantikandan kesihatan demi mengekalkan penampilan yang hebat di depan suami dan anak-anak.

Jom kita tengok apa tips 4dtomeiiii kali ni kepada golongan wanita pertengahan usia yang nak kelihatan muda sentiasa. (artikel diedit drp majalah harmoni - terima kasih harmoni)

1. Kawal pemakanan
     - makanan yang seimbang dan berkhasiat mampu melambatkan proses penuaan. Pastikan anda mengambil makanan yang tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan segar pada setiap hari. Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak, kafein dan minuman ringan.

2. Pelembap muka
     - Lindungi kulit anda dengan pelembap muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pelembap amat penting kerana ketika umur menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit mukaakan semakin berkurangan berbanding ketika remaja.

3. Elakkan cahaya matahari
     - Sinaran UV boleh menyebabkan kulit semakin gelap dan menjadi kering. Justeru, jangan biarkan mukaanda terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa panjang tanpa sebarang perlindungan. Gunakan krim pelindung yang mengandungi SPF 15 atau 20 yang mampu melindungi kulit daripada UVA atau UVB.

4. Minum banyak air
     - Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan timbulnya gejala penuaan. Ia juga boleh menyebabkan badan mudah diserang penyakit. Oleh itu, pastikan anda minum air putih dengan banyak pada setiap hari terutamanya jika anda aktif pada hari tersebut. Air amat penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.

5. Sentiasa bersenam
     - Pastikan anda mengamalkan senaman ringan setiap hari selepasbangun daripada tidur. Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan diri. Selain itu, luangkan hujung minggu anda dengan mengajak suami dan anak-anak keluar bersenam atau beriadhah bersama. 

6. Suplemen tambahan
     - Pengambilan vitamin amat digalakkan untuk wanita yang berusia 30-an dan keatas. Apatah lagi kesibukan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan ramai wanita jarang mengamalkan pemakanan yang seimbang. Justeru, pengambilan vitamin mampu membantu keseimbangan tubuh anda dan mengisi kekurangan nutrien tertentu.

7. Elak solekan tebal
     - Bagi penampilan yang lebih segar, elakkan daripada menggunakan bedak asas yang tebal serta kesilapan memilih jenis solekan. Gunakan solekan yang nipis dan sederhana. Begitu juga dengan pakaian yang digayakan. Pastikan ia sesuai dengan status anda sebagai ibu mahupun wanita berkerjaya.

8. Positif dan ceria selalu
     - Sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu bersama sesiapa jua yang disayangi. Kehadiran dan semangat daripada orang tersayang dapat membantu membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.

Itulah dia artikel daripada majalah harmoni keluaran 2010 :))  

ok kita fokus kat point no.6.... suplemen tambahan...
Apa dia cadangan suplemen yang boleh peringkat umur ni ambil ye... 
shaklee mencadangkan:


       

No comments:

Post a Comment