Sunday 19 May 2013

JERAWAT..... cacatkan penampilan wanita

Tidak keterlaluan jika dikatakan jerawat adalah musuh utama wanita tanpa mengira usia, bangsa dan status. Ia menyerang sesiapa sahaja dan sudah pasti kehadiran bintik-bintik merah di bahagian wajah atau tubuh ini membuatkan wanita kurang selesa.
Ramai yang mengakui jerawat mencacatkan penampilan sekaligus membuatkan mereka kurang keyakinan diri. Lantaran tidak hairanlah, kaum hawa sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli produk penjagaan wajah dan melakukan rawatan di spa bagi memastikan wajah mereka mulus dan bebas daripada jerawat. Namun, bagi yang berpendapatan sederhana, sudah pasti mereka tidak mampu membelanjakan wang yang besar untuk cantik. Sebenarnya jika bijak menjaga dan merawat kulit, anda tidak perlu membazir wang. Kenali punca jerawat dan ikuti tips penjagaan wajah agar anda dapat mengatasi masalah kulit ini.

Definisi jerawat:
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kalenjar minyak di kulit manusia. Ia sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat yang menjadi masalah kepada wanita mahupun lelaki.

Jenis / kategori jerawat:
1. Jerawat ringan - biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai 'ringan' sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah / nanah putih yang tercela) kurang daripada 30.

2. Jerawat sederhana - dalam kategori ini, anda akan mengalami banyak bintik jeragat dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah, dada dan belakang badan.

3. Jerawat kronik - Anda akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan serta anggota tubuh lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kalenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang amat ketara. Jika masalah ini berlarutan tanpa diselesaikan, maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat.

Punca:
1. Pencemaran seperti air dan udara yang kotor.
2. Perubahan hormon badan turut menyebabkan jerawat tumbuh.
3. Tahap kebersihan yang rendah yang menyebabkan jerawat mudah membiak. Contohnya - culas membersihkan wajah sebelum tidur.
4. Penggunaan produk yang salah juga menyumbang kepada masalah jerawat.
5. Pemakanan tidak sihat seperti pengambilan makanan berminyak menyebabkan kulit berminyak seterusnya menggalakkan jerawat tumbuh.
6. Faktor lain adalah jangkitan kuman dan alahan kepada ubat atau produk.

Cara atasi:
1. Cuci muka dua kali sehari menggunakan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Elakkan membasuh muka ketika berpeluh kerana ia boleh menyebabkan panau.
2. Disiplin menjaga kulit wajah, selepas membersih, pastikan anda menggunakan penyegar dan memagai pelembab wajah.
3. amalkan pemakaian krim pelindungan matahari terutamanya bagi mereka yang aktif dengan aktiviti luar.
4. Usah lokek berbelanja untuk cantik.
5. Gunakan masker yang sesuai seminggu sekali bagi membuang lebihan minyak dan mengecilkan pori-poori.
6. Pilih produk atau ubat jerawat mengikut saranan pakar.
7. Jangan sesekali memicit atau menggaru jerawat kerana ia bukan sahaja menyebabkan bakteria merebak dan jerawat menjadi teruk malah perbuatan ini juga akan meninggalkan parut pada wajah.
8. Banyakkan minum air putih agar tubuh dan wajah segar.
9. Amalkan pemakanan yang sihat, elakkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
10. Jika masalah jerawat semakin serius, bertemulah dengan pakar kulit untuk mendapatkan rawatan dan kaunselling.

Credit to : Majalah Mingguan Wanita untuk artikel ini. TQ...

Ok, dah tau pasal jerawat serta punca dan penjagaannya..... jom kita tengok apa yang shaklee cadangkan untuk mengatasi masalah jerawat ini???? Perangi masalah jerawat daripada akarnya. Mulakan dengan pengambilan supplemen yang bersesuaian untuk kebaikan kulit dan tubuh badan. Jom kita baca....

GLA complex: membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga daripadatersumbat. Ia juga menstabilkan hormon.


Zinc complex: mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan inflammasi & mempertingkatkan tahap sihat hormon.. (bagi yang menderita dengan jerawat batu... zinc dapat mengecutkan jerawat dan memulihkan luka dengan lebih cepat.


ESP: membantu memudarkan parut dan mempercepatkan proses pemulihan luka.


Vitamin C: membantu menyekat bakteria penyebab acne.



Alfalfa complex: Detoks dan membantu mengurangkan infeksi pada kulit.

Vitamin E: melindungi sel daripada radikal bebas. Memulihkan bekas parut jerawat



Carotomax: mengawal penghasilan sebum yang berlebihan dalam badan. (penyebab acne)


B Complex: anti stress


itulah diantara cadangan produk untuk mengatasiserta memulihkan masalah jerawat tidak kiralah pada peringkat umur manapun....
tidak semestinya kesemua produk harus ditelan....bergantung kepadamasalah dan keperluan anda tau.. untuk mengetahui / mendapatkan khidmat konsultansi yang lebih detail, silalah hubungi 0183112118.... :) 


No comments:

Post a Comment