Thursday 4 July 2013

Diebetes.... menyerang semua peringkat umur????

DIEBETES…. Penyakit popular yang bukan lagi penyakit ‘orang tua’.
Sesiapa sahaja berisiko!!!!
Penyakit popular seperti lemah jantung, darah tinggi, buah pinggang dan diabetes bukan lagi digelar sebagai penyakit untuk golongan tua atau yang bertubuh gemuk sahaja. Tingkatkan gaya hidup sihat untuk tqhap kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Mereka yang gemar mengambil makanan manis dan berlemak, jarang melakukan senaman dan sering mengalami tekanan adalah paling berisiko.
Amalkan gaya hidup sihat!!!!
Pada zaman moden ini, kita terlalu didedahkan dengan makanan yang tidak sihat. Penyakit-penyakit berisiko seperti diabetes sangat berkait rapat dengan pengambilan makanan. Walaupun ramai yang berpendapat, tak apalah gemuk asalkan sihat….tetapi… anda harus ingat pepatah Inggeris yang mengatakan “big is not always beautiful”. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya, berat badan yang seimbang amatlah diperlukan. Selalulah memantau berat badan anda. Ini kerana, badan yang gemuk akan mengakibatkan keperluan insulin yang seimbang akan meningkat, seterusnya membuatkan anda terdedah kepada diabetes secara langsung.
Amalkan pola makan 3J (jumlah, jadual & jenis)
Pola ini dicadangkan oleh Dr. Samuel Oetoro seorang pakar gizi daripada Indonesia. Pola ini menitikberatkan jumlah makanan yang diambil, jadual pemakanan serta jenis makanan yang dipilih. Dari segi jumlah, idealnya makanan yang diambil harus sesuai dengan keperluan tubuh badan dan ini bergantung kepada aktiviti harian, umur, berat dan jantina seseorang. Jadual makan penderita diabetes juga harus lebih daripada 3 kali namun dalam kuantiti yang kecil. Ini kerana kadar gula darah penderita diabetes mudah turun, oelh itu, golongan ini perlu makan secara kerap. Bagaimanapun, pemilihan makanan perlulah yang sihat seperti buahan, salad atau biskut tinggi serat.
Banyakkan sayuran dan buah-buahan!!!!
Makanan yang diambil mestilah mempunyai gizi yang seimbang dan lengkap dengan sumber karbohidrat, protein, dan lemak. Untuk mendapatkan lemak, ambillah kekacang, avocado serta minyak zaitun kerana lemak-lemak tersebut mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang dapat meningkatkan kerja insulin. Sayur dan buahan seperti avocado, pir, dan epal selain daripada mengandungi serat, vitamin dan mineral juga mengandungi cukup karbohidrat. Bahkan buahan dan sayuran inilah sumber karbohidrat yang baik kerana ia boleh memenuhi keperluan kalori, anti-oksida dan memiliki indeks glisemik (GI) yang rendah. Seratnya mengawal kelajuan penyerapan gula ke dalam darah. Malangnya ramai yang memilih jus buahan daripada mengunyah buah itu sendiri. Padahal dengan minum jus buah, kita meninggalkan beberapa proses pencernaan seperti mengunyah dan menghancurkan makanan yang berada di dalam perut.

Yang anda perlu tahu mengenai indeks glisemik (GI)
Selalunya ketika ingin membeli makanan, kita jarang mengambil tahu tentang kandungan GI. GI menunjukkan samada makanan tersebut boleh menaikkan kadar gula dalam darah dengan banyak, sedikit atau sederhana. Semakin tinggi GI, semakin buruk karbohidrat yang terkandung dalam makanan iitu. Sebaliknya, makanan yang mengandungi GI rendah memungkinkan tubuh menyerap karbohidrat secara perlahan dan ini membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang lama.

Banyakkan bersenam!!!!
Selain daripada menjaaga pola pemakanan, senaman yang rutin juga perlu diamalkan. Bagi yang sudah pun menghidap penyakit ini, senaman adalah keperluan. Kalau tidak, gula dalam darah sukar untuk dikawal. Lakukan senaman yang mudah dan seronok dilakukan seperti aerobic, jalan kaki atau berbasikal. Lakukan senaman ini minimum selama 30 minit untuk 3-5 kali seminggu. Paling penting sekali, jauhi stress. Ini kerana apabila stress melanda, gula di dalam darah akan menjadi tidak terkawal. Usahakan agar anda menjalani kehidupan yang seimbang. Dapatkan juga rehat yang secukupnya.
MENGENALI DIEBETES
Diebetes terjadi kerana kadar gula dalam darah meningkat sehingga glukosa dalam darah ikut sama meningkat. Pada peringkat awal, keadaan ini mungkin hanya mengganggu pengagihan gula dalam badan atau metabolism glukosa. Tetapi, jika tidak ditangani dengan segera, ia boleh mempengaruhi metabolism protein dan lemak juga. Lama kelamaan, ia mengganggu fungsi jantung, mendedahkan diri kepada  strok dan menimbulkan pelbagai komplikasi penyakit.
Diebetes jenis 1 (bergantung kepada insulin)
·        Jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
·        Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun.
·        Berlaku begitu cepat (pengeluaran insulin dari pancreas dimusnahkan)
·        Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
·        Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesity
·        Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
·        Rawatan: pemakanan + suntikan insulin
Diebetes jenis II (tidak bergantung kepada insulin)
·        Biasa berlaku
·        Terjadi di kalangan mereka yang dewasa yang berumur 35 tahun ke atas.
·        Terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat)
·        Mempunyai sejarah keluarga
·        Kebarangkalian kegemukan sangat tinggi
·        Mrupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
·        Rawatan: pemakanan + senaman (menurunkan berat badan) + ubat + suntikan insulin jika perlu

Oleh itu, amat penting sekali melakukan pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun. Ini kerana hanya dengan pemeriksaan kesihatan, tahap gula dalam darah boleh diketahui.

Ok... ni info pasal diebetes in general ye.
Credit to majalah rapi for this article.

Ok u ols... next posting 4dtomeiiii akan share pasal supplements utk pesakit diebetes pula ye....tunggu...
Till then.....
Salamceria....4dtomeiiii :)

No comments:

Post a Comment