Friday 28 June 2013

Tips kekalkan kaki sihat.....

6 cara kekalkan kaki sihat:



                 
1.   Jaga berat badan – Obesiti dikaitkan dengan ‘osteoarthritis’ (kehilangan tulang rawan) yang biasa mempengaruhi lutut dan pinggul. Terlalu banyak beban boleh mengakibatkan pembuluh mengembang (varicose). Kira-kira 1/3 wanita menderita pembuluh darah mengembang.

(Kebiasaannya ibu hamil & warga tua mengalami masalah ini. Tapi sekiranya kita tidak menjaga dgn betul..... sesiapa jua boleh mengalami masalah urat timbul ini)
 
2.   Jalan kaki secara teratur – Berjalan adalah cara terbaik untuk menggerakkan otot kaki dan mengurangkan lemak tubuh. Cara jalan yang baik ialah berjalan tegak, rata dan santai. Elakkan berjalan menunduk kerana ini akan membuatkan kepala anda membongkok.

3.   Mengangkat kaki – Berdiri atau duduk sepanjang hari boleh menyebabkan kaki dan pergelangan kaki membengkak. Pada kebiasaannya, ketika berjalan, darah dipamkan kembali ke jantung. Angkat kaki hanya 10 minit per hari sudah pasti boleh membantu.
 


4.   Lakukan peregangan setiap hari – Lakukan regangan dengan memfokuskan pada otot pinggul, betis dan tendon ‘achilles’. Cubalah untuk merenggangkan kaki setiap hari setelah mandi air suam.

 

5.   Basuh kaki dengan air sejuk – Basuh kaki dengan air sejuk dapat meningkatkan peredaran darah. Para atlet sering merendamkan kaki mereka di dalam ais setelah latihan berat untuk mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan rasa sakit.



6.   Makan makanan rendah lemak – Adakalanya kaki diibaratkan sebagai jantung ke dua, urat darah kaki membantu mengepam darah kembali ke jantung. Elakkan lemak tepu pada daging merah dan produk-produk susu.



Selain daripada info di atas ni...banyak lagi yang boleh kita usahakan untuk menjaga kesihatan & kecantikan kaki dari luaran....
Lakukan pedicure.... urut kaki.... rajin2 sapu losyen, rajin2 scrub kaki.... macam2 lagilahkan....

Jom jaga kesihatan n kecantikan kaki.... :)

Sharing is caring....

till then... salamceria from 4dtomeiiii.....

No comments:

Post a Comment