Tuesday 25 June 2013

Nak kulit cantik????

10 Jenis vitamin & mineral untuk kecantikan kulit.
Bukan mudah mempertahankan kecantikan kulit. Apatah lagi dalam suasana hari ini yang penuh dengan pencemaran, cuaca tidak menentu serta kualiti sinaran matahari yang semakin merosot. Sebagai wanita, anda mesti memastikan kulit sentiasa sihat & bersih terjaga. Selain mengamalkan diet seimbang yang merangkumi tiga khasiat penting; protein, vitamin dan mineral; pengambilan supplemen amatlah digalakkan. Jika anda kekurangan salah satu daripada keperluan ini, tidak mustahil jika kulit akan kehilangan sifat semulajadinya.
Empat jenis vitamin yang amat bagus untuk kulit ialah A,B, C dan E.
Jom tengok jenis mineral dan vitamin yang berkesan untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.
Vitamin A:
Vitamin A bagus untuk ‘membersihkan’ parut-parut jerawat pada kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan liang roma yang terbuka luas. Bagi kulit, vitamin A bertugas untuk mengekalkan kesihatan tisu kulit. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering dan pudar. Dalam pemakanan seharian, vitamin A boleh ditemui pada lobak merah, tomato, labu dan kuning telur.

Vitamin B:
Amalan pengambilan vitamin B yang konsisten membantu menghalang pigmentasi pada kulit. Selain itu, vitamin B yang dirumus di dalam produk penjagaan kulit membantu melembap dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.


Vitamin C:
Merupakan vitamin yang sangat popular untuk kecantikan kulit, serta  bertindak sebagai antioksidan yang paling berkesan. Vitamin ini menuetralkan kulit muka yang rosak akibat pendedahan kepada pencemaran dan sinar ultraungu. Pakar-pakar kulit juga menyatakan vitamin C membantu perkembangan dan pembaikpulihan kolagen. Selain itu, vitamin C mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas yang mana semua ini boleh menyebabkan masalah kedutan dan serangan kanser.


Vitamin E:
Pengambilan 400iu vitamin E sehari membantu mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata. Vitamin I ni juga boleh disapu terus ke kulit wajah kerana ia dipercayai mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Selenium:
Mineral ini penting kerana ia mengandungi sejenis antioksidan yang dipanggil “glutathione peroxidase”. Antioksidan ini membantu melindungi tubuh dan kulit daripada serangan kanser, khususnya kanser kulit yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Mineral ini turut memperbaiki kekenyalan tisu dan memperlahankan penuaan.

Minyak Ikan Omega 3:
Khasiat utama mineral ini ialah untuk menghalang penyakit jantung. Asid lemak omega 3 menurunkan paras kolesterol LDL dan mengikis plak yang terkandung di dalam dinding arteri. Selain itu, mineral ini berkesan untuk memperbaiki pengedaran darah. Secara tidak langsung, semua masalah kulit boleh dikurangkan dan kulit menjadi lebih licin dan lembap.


Riboflavin:
Riboflavin sebenarnya ialah vitamin B2. Ia penting untuk mengawal perkembangan tisu-tisu di dalam tubuh. Riboflavin juga bagus untuk memproses lemak dan asid amino. Mineral ini banyak ditemui dalam produk tenusu, daging, telur seta sayuran berdaun hijau dan gandum penuh.

Beta Karotena:
Beta karotena adalah antioksidan yang sangat kuat. Ia melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Selain itu, beta karotena juga mampu menguatkan system imunisasi tubuh, memperlambatkan proses penuaan dan sebagai rawatan paling berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.


Evening Primerose Oil:
EPO mengandungi GLA yang membantu membunuh tumor penyebab kanser. Selain itu, pengambilan EPO yang teratur membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Bagi anda yang mengalami masalah kegatalan/kekeringan kulit (eczema atau iulser kulit); pengambilan EPO turut membantu. Dari sudut kecantikan, EPO membantu menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat, mengatasi masalah alahan pada kulit dan juga bagus untuk mengurangkan kegatalan kulit kepala. Rambut dan kuku juga akan menjadi lebih sihat dan cantik.




ESP juga penting untuk kecantikan kulit....sebab...ESP membekalkan protein yang baik untuk pemulihan sel. Sel-sel yang sihat membuatkan nutrient dapat diserap dengan optimum...
Milikilah Shaklee hari ini....
Anda pasti sukakannya....


Feel free to contact 0183112118
Sekian dulu drp 4dtomeiiii....moga bertemu lagi.... :)



No comments:

Post a Comment