Saturday, 31 August 2013

Sakit Kepala????

Pelbagai jenis sakit kepala & cara mengatasi
Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit sakit kepala tidak kira siapa ataupun pekerjaan apa. Sebenarnya terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi. Antaranya ialah kurang tidur, stress disebabkan kerja  (surirumah tidak terkecuali) atau tekanan pelajaran.
Ia boleh terjadi pada keseluruhan atau sebahagian kepala. Lebih teruk, ia boleh menjalar ke wajah, mata, gigi, rahang bawah dan leher. Ia boleh datang dalam bentuk nyilu, berdenyut-denyut, berat, menusuk dan pelbagai lagi. Ada yang hanya mengalaminya sekejap sahaja, namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.
Kenali jenis-jenis sakit kepala yang anda alami dan langkah pencegahan yang anda perlukan.
Sakit kepala yang biasa kita dengar ialah migraine, tension headache dan cluster headache. Sakit kepala jenis ini sering dialami oleh kaum wanita. Ia dikenali sebagai penyakit utama (primer)yang berkaitan dengan aktiviti kimia di dalam otak, pembuluh darah dan saraf atau masalah otot kepala dan leher. Biasanya sakit seperti ini berkaitan dengan aktiviti tertentu seperti sakit kepala berat kerana aktiviti lasak, batuk atau bersin atau selepas hubungan intim. Sakit kepala primer juga disebabkan oleh factor hormone, pengambilan alcohol, pemakanan, perubahan pola tidur / kurang tidur, ubat-ubatan, lewat makan, serta tekanan fizikal dan mental.
Sakit kepala sekunder pula terjadi berpunca daripada penyakit lain. Ia seperti tumor otak, influenza, radang selaput otak, penyakit berkaitan mata, radang hidung, dan sinus serta hipertensi. Sakit kepala akibat radang sinus atau hipertensi antara punca yang sering menyebabkan keadaan ini berlaku.
AWAS!!!!
Sakit kepala boleh juga menjadi tanda penyakit kronik seperti strok, tumor dan radang otak. SEGERALAH berjumpa pakar jika anda mengalami sakit kepala yang teruk atau sakit kepala yang disertai gejala-gejala berikut:
ü  Sukar berkata-kata
ü  Pitam atau pengsan
ü  Suhu demam melebihi 39 darjah celcius
ü  Pening berterusan
ü  Mual atau muntah yang tidak diketahui punca
ü  Sukar berjalan
ü  Rasa lemah atau lumpuh sebahagian badan
ü  Leher kejang
ü  Sukar melihat
ü  Bingung atau sukar memahami percakapan
ü  Perubahan tingkah laku

SAKIT KEPALA SINUS:
Jika anda sering mengalami tekanan sekitar mata, pipi dan kening serta kepala berdenyut-denyut, ia mungkin disebabkan penyakit sinusitis. Walau bagaimanapun, jangan membuat andaian sendiri berkaitan penyakit ini kerana ramai menyangkakan mereka menghidap sakit kepala sinus tetapi sebenarnya mereka cuma mengalami migraine atau tension headache saja. Pergilah membuat pemeriksaan dengan pakar dan jika disahkan anda menghidap sinusitis, anda mungkin akan diberi antibiotic, ubat untuk melegakan pernafasan (nasal spray) ataupun terpaksa melakukan pembedahan. Jadi, untuk mengelakkan ia terjadi, jagalah kebersihan saluran sinus, selalu mencuci tangan, jangan merokok atau terdedah kepada asap dan prihatin dengan tahap kelembapan udara sekeliling anda.
TENSION HEADACHE:
Ia boleh menyebabkan rasa sakit (ringan atau sedang) di sekeliling kepala, leher dan wajah. Boleh terjadi sekiranya anda stress, cemas, atau letih. Sakit kepala seperti ini bersifat umum dan puncanya masih belum dikenalpasti. Namun ia mudah diubati dengan cara berikut:
ü  Makan ubat yang betul
ü  Tuamkan ais yang dibungkus dengan kain ke kepala
ü  Mandi di bawah pancuran air hangat
ü  Mengatur jadual kerja dengan baik
ü  Ambil sedikit masa untuk diri sendiri dengan cara berehat santai atau bercuti
ü  Picit perlahan pada bahagian otot kepala, leher dan bahu dengan hujung jari anda atau minta orang lain untuk melakukannya.

Cuba perhatikan postur badan anda. Adakah ia dalam posisi yang betul? Ketika berdiri sebetulnya tahan bahu ke belakang dan kepala ke atas. Tahan perut ke dalam dan turunkan sedikit dagu. Ketika duduk pula, pastikan peha selari dan kepala tidak ke depan.
MIGRAIN:
Ia menyebabkan rasa sakit berulang-ulang di satu sisi kepala selama beberapa jam dan ada yang berlanjutan sehingga beberapa hari. Lebih teruk, anda hanya ingin berbaring di tempat gelap dan sunyi. Ada yang mendapat tanda-tanda migraine seperti terlihat kilatan cahaya, lemas atau kebas pada kaki dan lengan. Kadang-kadang ia turut disertai rasa mual, muntah dan sangat sensitive terhadap cahaya dan bunyi. Wlaupun tidak dapat disembuhkan, ubat-ubatan cukup membantu. Jika masih tidak berkesan, berjumpalah dengan doctor. Di sini ada beberapa cara yang boleh mengurangkan symptom migraine:
ü  Lakukan perubahan pada gaya hidup anda
ü  Lakukan meditasi atau yoga dan peruntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk perkara yang menenangkan seperti membaca muzik, berkebun atau membaca.
ü  Dapatkan tidur yang cukup. Bagi orang dewasa, enam hingga lapan jam sudah mencukupi. Sebaiknya tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
ü  Jika stress, berehat di tempat gelap dan sunyi.
ü  Sediakan satu diari dan tuliskan apa sahaja berkaitan migraine anda. Catatan tersebut membantu anda berjaga-jaga dengan punca migraine dan mencari rawatan yang berkesan.

CLUSTER HEADACHE:
Sakit kepala jenis ini cukup menyakitkan. Kepala terasa seperti ditusuk pada satu bahagian dan kebiasaannya berlaku di sekitar mata. Ia sering menyerang kaum lelaki di malam hari dan ia berkait rapat dengan pengambilan alcohol. Ia boleh terjadi berminggu-minggu malah lebih teruk berbulan-bulan. Namun, ia tidak seteruk mereka yang mengalami migraine atau tension headache. Pelbagai rawatan dapat membantu untuk mengurangkan daripada terkena serangan. Ubat yang sesuai turut membantu. Selain itu, anda boleh mengikuti panduan ini:
ü  Jauhi minuman beralkohol
ü  Kurangkan pengambilan garam dalam makanan
ü  Tetapkan rutin tidur anda setiap hari
ü  Jangan merokok atau jauhi diri dari asap rokok
ü  Elakkan dari terdedah atau terhidu bahan-bahan yang mudah meruap seperti minyak tanah atau cat minyak.

SAKIT KEPALA KERANA HIPERTENSI:
Hipertensi atau tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya, kepala terasa berat dan leher menjadi tegang. Selain factor keturunan, cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Elak atau kurangkan makanan tinggi lemak, bergaram, jangan stress dan rajin bersenam. Jika anda sakit kepala kerana tekanan darah tinggi, segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Bagi yang sudah sedia mempunyai penyakit ini, pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak mencukupi. Ia harus disertai dengan amalan gaya sihat.
Credit to majalah RAPI for the article.....

Nak tau apa yang boleh shaklee bantu untuk meredakan atau menghalang sakit kepala berpanjangan???
ok....sila tengok entry akan dtg ok...

4dtomeiiiiloveuols... :))




SEPTEMBER sudah???

Semalam MERDEKA DAY.....
Selamat HARI KEMERDEKAAN yg ke 56 wahai rakyat Malaysia.... :)

hari ni dah September...
Perjuangan bulan baru bermula...
Lama betul saya tgl kn blog ni.... banyak hal yg berlaku sepanjang musim puasa n raya...
Apapun segalanya dah berlalu..
terima segalanya dengan sabar dan redha...
TERIMA KASIH ya ALLAH atas segala ujian n dugaan yg membuatkan kami semakin bersyukur dan tabah....

Jom mulakan bulan baru dengan ceria... :)

salamsayang4dtomeiiii :)

Thursday, 11 July 2013

Kawal kolesterol....

Salam Ramadhan.....
Alhamdulillah dah masuk hari ke 3. :)

Alhamdulillah juga selama 2 hari berbuka dan bersahur, 4dtomeiiii masih dapat menjaga diet dengan betul dan tiada pembaziran insyaAllah.... hehehe sbb take de pegi PARAM a.k.a bazaar ramadhan....

Oklah hari ni jom kita tengok supplement yg bersesuaian untuk menangani kolesterol.
Hah.... jgn pitam2dulu....jom baca!!!


 
Pemilihan menu bagi sesiapa yang berkolesterol tinggi.... perlulah kurang garamnya.. kurang lemaknya.... seimbanglah serba serbi.... pepandailah agak2 time memasak tu kan.....

Jus Buahan segar adalah pilihan terbaik untuk iftar..... bukan sahaja segar, sedap, malahan nutrisi yang terdapat di dalamnya pelbagai dan semulajadi...maknanya..... tiada gula tambahan.... :)

Ha..... ni lah dia guideline level kolesterol kita..... anda di mana???? ok ker.... biasa2 je ker.... atau tak berapa nak ok?? hehehe jangan lah susah hati sangat..... cuba ambil supplements berikut:

Antara supplement terbaik untuk mengawal kolesterol dalam badan. Nak cuba????? Saya dah cuba & amat menyukainya.... anda bila lagi??? kekeke macam ayat iklan lah puloks

Baca ajelah kat slide tu...boleh nampakkan...... Antara supplement terbaik.... 1001 khasiat dalam Alfalfa ni, dari hujung rambut sampai hujung kaki lah benefitnya..... saya suker!!!

Ini pun favourite saya juga..... hahahaaha semua suka, apa je yg 4dtomeiiii tak suka gamaknya. :)

YES!!!!! Walaupun baunya agak tak best sikit (lekat kat tangan ok....hehehehe) tapi inilah yang agak mabeles... banyak membantu penurunan kadar kolesterol yang konsisten..... kenalah konsisten makan kan.... bukan mengelat!!!

Heroin yang amatlah berbakti kepada kaum hawa khasnya..... kulit cantik, dalaman sihat, segalanyalah dengan GLA Compleks ni ha. Membekalkan asid lemak omega-6

Minyak ikan..... omega-3. Siapa tak kenalkan..... Membekalkan asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah. Menjaga kesihatan salur darah agar tiada lemak-lemak kolesterol yang membeku dan menyumbatkan salur darah.....


Hmmm banyak pilihan yang ada kan..... buatlah pilihan mengikut kesesuaian tekak anda...hehehe
Tak semestinya ambil semua, tapi kalau nak ambil semua agak bagus juga, sebab bukan hanya kolesterol yg menjadi sasaran kita.....keseluruhan tubuh luar dan dalaman dapat manfaatnya.....
Cantik luaran n sihat dalaman.... hehehe itulah fb page 4dtomeiiii silalah jenguk eh.

Oklah.... dah baca, dah hadam, buatlah pilihan bijak....
Till then... salamceria 4dtomeiiii

FB page : https://www.facebook.com/CantikLuaranNSihatDalaman
Pm/Whatsapp : 0183112118
SID : 911292






Wednesday, 10 July 2013

KOLESTEROL????



Kolesterol….. tidak mengira saiz badan

Masalah kolesterol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi. Tanggapan itu silap kerana kandungan kolesterol tinggi dalam darah sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan saiz badan seseorang. Jadi, anda janganlah hairan jika orang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol tinggi.

Apa itu kolesterol????
Kolesterol merupakan sejenis zat dalam golongan lemak. Ia boleh didapati dengan kadar tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran. Sama seperti minyak sapid an susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega. Kandungan kolesterol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.
Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu:
         # kolesterol jahat (LDL) ~ membuatkan pembuluh darah tersumbat
         # kolesterol baik (HDL) ~ membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan
                 seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.

Namun begitu, kolesterol juga penting untuk tubuh manusia kerana ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit. Tetapi harus ingat bahawa kandungan kolesterol normal dalam badan bergantung kepada keperluan tubuh anda sendiri.

Tahukah anda, kolesterol dalam tubuh akan pecah dan bertukar menjadi hormone yang dinamakan steroid? Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Kerana itulah kandungan kolesterol yang seimbang sangat diperlukan oleh badan.

Kolesterol tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Ia hanya dapat dikesan melalui profil lipid menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipolprootein ketumpatan tinggi (HDL), kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat menentukan jumlah sebenar kolesterol dalam badan sama ada jumlahnya normal, kurang atau tinggi.

Terdapat beberapa factor yang memungkinkan anda mempunyai kandungan kolesterol tinggi dalam tubuh. Antaranya ialah:
Ø      Pemakanan : Gaya pengambilan makanan perlu dijaga supaya anda tidak mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolesterol dalam badan.
Ø      Keturunan : Sekiranya ibu atau bapa mempunyai kandungan kolesterol tinggi, ia mungkin diwarisi oleh anak-anak. Oleh kerana itu, kolesterol menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.
Ø      Masalah hati : Apabila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh rosak, ia tidak mampu berfungsi dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol dalam tubuh.

Tanda kolesterol  tinggi
Seseorang yang mempunyai kandungan kolesterol tinggi memungkinkan mereka mempunyai tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata, atau bahagian atas dan bawah kelopak mata. Ia boleh wujud dalam jumlah yang banyak atau satu sahaja. Namun, tidak semua orang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Bagi mereka yang bersaiz gemuk, perokok atau mungkin mempunyai masalah darah tinggi, berkemungkinan besar mempunyai kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Sentiasa pantau tahap kolesterol di dalam darah supaya ia berada dalam keadaan terkawal kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau stroke yang merupakan pembunuh utama kepada rakyat Negara ini.

Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Jika kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastic serta tidak berfungsi dengan sempurna. Apabila lemak membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung dan seseorang itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi dan pergerakan jantungnya.

Seseorang yang mempunyai masalah kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui gabungan di antara dua. Pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi dan keduanya; mereka akan diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan secara serentak.

Sebagai langkah pencegahan, makanlah makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi protein, vitamin karbohidrat dan lemak. Sesiapa sahaja boleh menhidapi masalah ini, tidak mengira umur mahupun jantina. Senaman boleh menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, senaman adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.

Usir kolesterol dengan….
Oatmeal : Mengandungi serat yang larut dalam air dan mampu mengurangkan kolesterol jahat. Lima hingga 10mg atau lebih serat larut dalam air per hari mampu mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL. Epal, pir, dan prun juga merupakan makanan yang mengandungi serat larut dalam air.

Ikan & Omega 3 : Mampu menurunkan tekanan dan penggumpalan darah. Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, ia mampu mengurangkan risiko serangan. Kandungan lemak omega-3 banyak terdapat di dalam sardine, tuna dan salmon. Seelok-eloknya ia dikukus atau dipanggang. Jika tidak suka ikan, boleh gantikan dengan daging tanpa lemak atau ambil sahaja supplement omega-3.
Kacang walnut, badam : Makan segenggam kacang ini sehari mampu menurunkan risiko sakit jantung. Tetapi…. Jangan ditambah garam atau disalut gula ya!

Minyak zaitun : Antioksidan yang terdapat di dalamnya mampu menurunkan kolesterol LDL. Ambil kira-kira dua senduk makan minyak zaitun setiap hari sama ada untuk menumis sayur atau mencampurnya dengan cuka sebagai salad dressing.

Pesan 4dtomeiiii kepada anda diluar sana….

“Jangan terlalu ikutkan hati dan selera ketika makan. Mungkin anda sedaya upaya untuk memenuhi selera makan anda dengan rasa manis, masin ataupun lemak secukupnya. Tetapi…fikirlah bahawa kesedapan yang anda rasai seketika itu boleh mengundang padah di kemudian hari. Jangan terlalu malas untuk beraktiviti walaupun anda hanya seorang surirumah kerana kerja rumah juga mampu membuatkan anda berpeluh dan membakar kalori.

Jika anda tidak memikirkan kesihatan diri, fikirlah anda masih mempunyai orang-orang tersayang di sekeliling yang perlu anda jaga dan kisahkan”

Till then…
Salamceria dari 4dtomeiiii…..
Jumpa lagi J

Tuesday, 9 July 2013

Ramadan.....ya ramadan....

Selamat berpuasa....
Ramadan datang lagi..... :)

Jom kita kejar ganjaran beramal di bulan Ramadan.... tingkatkan amalan, tingkatkan amal jariah, sedekah dan sebagainya..... puasa tu puasa juga, tapi kerja hakiki tetap perlu dilaksanakan ok...

Semoga Ramadan tahun ini memberi sinar kegembiraan dan lebih keberkatan buat kita semua.



Jalani ibadah dengan tenang dan gembira....
Cergaskan badan dengan produk shaklee.... baik dan berkesan untuk semua.

SELAMAT BERPUASA..... semoga amalan kita semua diterima olehNYA.

Till then..... salamceria dari 4dtomeiiii :)

Saturday, 6 July 2013

GLA Complex

PROMOSI HEBAT JULAI 2013 SEDANG BERLANGSUNG......

Dapatkan GLA Complex dengan harga runtuh yang amat berbaloi....
BUY 6 FREE 1..... apa lagi u ols.... cepat2lah share dgn kengkawan yang lain.




GLA????
Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic asid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primerose oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipaternkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

MANFAAT UTAMA????

Herba tradisi yang dipercayai : Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

Mengawalselia estrogen dan testosteron :GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Melambatkan menopause : Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

Memperbaiki prostatomegaly : GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Menentang kanser : GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Memperbaiki inflamasi kulit : Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema,alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

Menghalang komplikasi diebetes : Merendahkan gula darah, berkesan untuk diebetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan : Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, untuk menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

Menghalang tekanan darah tinggi : Menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung secara arteriosklerosis dan myocardial infarction.

Memperbaiki tekstur rambut : Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut rambut.

Hiperaktif / Autisma (ADD/ADHD) : dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan anak-anak berautisma, sukar untuk memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

GLA BUKAN SAHAJA UNTUK WANITA....

Ramai orang bersalahanggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita.
Sebenarnya, supplement GLA asid linolenik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperoleh daripada makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga selepas menopause dan andropause (lelaki)    

Morning Sickness

Mengapa WANITA HAMIL mengalami morning sickness????

Wanita bergelar ibu  pasti pernah merasakan derita morning sickness iaitu rasa loya dan mual yang disertai oleh muntah-muntah yang teruk. Biarpun digelar morning sickness, tetapi ia bukan hanya dialami pada waktu pagi sahaja, kerana ada juga yang mengalaminya pada waktu petang, mahupun malam. Malahan ada yang sehari suntuk sehingga mengganggu semua urusan dan rutin harian.

Di dalam istilah perubatan, muntah-muntah ini disebut sebagai hyperemesis gravidarum dimana hyper dan emesis membawa makna muntah yang berlebihan. Kajian menunjukkan hampir 50-90 peratus daripada wanita hamil mengalami mual dan muntah-muntah pada trimester pertama kehamilan iaitu pada tiga bulan pertama kehamilan.

Jika anda mengalaminya, usah terlalu risau. Rasa loya dan mual ini tidak mendatangkan sebarang implikasi buruk kepada bayi selagi anda tidak mengalami dehidrasi yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. Apatah lagi, sindrom loya dan muntah ini akan hilang dengan sendirinya pada akhir trimester pertama dan anda akan memasuki trimester kehamilan berikutnya dengan perasaan dan keadaan yang lebih baik.

APAKAH PENYEBABNYA????

1. Peningkatan hormon estrogen
    - peningkatan hormon estrogen membuatkan kadar asid di perut bertambah sehingga menimbulkan rasa  
      mual. Rasa loya ini biasanya muncul pada waktu pagi ketika perut ibu berada di dalam keadaan kosong.

2. Perubahan metabolisme glikogen hati
    - Kehamilan menyebabkan metabolisme glikogen hati yang menjadi pemicu rasa mual dan loya yang
      dialami oleh ibu hamil.

3. Faktor HCG
    - Rasa mual juga dipengaruhi oleh peningkatan kadar hormon Human Chorionic Gonodotrophin 
      (GHC) yang dihasilkan oleh plasenta pada peringkat awal kehamilan. Disebabkan hormon ini dihasilkan
      oleh plasenta, maka wanita hamil kembar lebih teruk mengalaminya.

4. Faktor psikologi
    - Keadaan ibu yang tidak bersedia untuk hamil akan membuatkan mereka berasa tertekan sewaktu
      proses kehamilan. Perasaan tertekan itu turut menyebabkan rasa mual dan muntah.

BAGAIMANA MENANGANINYA????

Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap. Jangan makan dalam kadar banyak kerana ia hanya akan membuatkan anda bertambah mual. Berusahalah untuk makan sewaktu anda dapat makan, dengan jumlah yang sedikit tapi kerap.
Pengambilan halia dalam menu harian dikenalpastioleh Dr. Francesca Borelli dari University of Naples Frederico, Italy sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa mual dan muntah sewaktu hamil. Malah laporan beliau di dalam jurnal Obsterics & Gynecology menjelaskan halia lebih efektif untuk menghilangkan rasa loya dan muntah berbanding vitamin B6.
Jauhi bau yang kurang menyenangkan. Kehamilan membuatkan deria bau anda menjadi begitu peka dan sensitif terhadap sesetengah bau. Justeru, elakkan daripada menghidu bau-bauan seperti asap rokok, minyak wangi atau makanan yang boleh menimbulkan rasa mual.
Asam, makanan kaya zat besi dan vitamin boleh mencegah rasa loya dan muntah dikalangan ibu hamil. Begitu juga  dengan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein. Namun, jauhi makanan berlemak, berminyak dan pedas yang memburukkan lagi rasa mual anda. Jauhi juga minuman berkarbonat dan mengandungi kafein yang tinggi kerana boleh memudaratkan bayi anda dalam kandungan.
Stress akan memburukkan lagi rasa mual anda. Justeru, berehat sangat membantu anda untuk mengatasi rasa mual dan muntah. Luangkan waktu untuk bersantai, baca buku atau majalah sambil mendengar muzik.

Apa produk shaklee yang membantu??

PEPPERMINT-GINGER PLUS

Secara klinikal, kombinasi 4 herba yang terdapat di dalam produk ini sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah loya, mual, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

PUDINA : Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu, ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyengarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA : Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan,

POKOK ADAS : Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu, juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS : Digunakan oleh orang Mesir purba untuk melegakan masalah pencernaan dan gejala PMS, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa, melegakan haba pada musim panas dsn lembab, memberi peredaran tenang



ESP ~ Energizing Soy Protein

Dapatkan stok anda SEKARANG!!!
PM/Whatsapp 0183112118 untuk harga yang menarik... :)

Till then.... salamceria daripada 4dtomeiiii..... :)