Kolesterol…..
tidak mengira saiz badan
Masalah
kolesterol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi.
Tanggapan itu silap kerana kandungan kolesterol tinggi dalam darah sebenarnya
tiada kaitan secara langsung dengan saiz badan seseorang. Jadi, anda janganlah
hairan jika orang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol tinggi.
Apa itu
kolesterol????
Kolesterol
merupakan sejenis zat dalam golongan lemak. Ia boleh didapati dengan kadar
tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran. Sama seperti
minyak sapid an susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega. Kandungan
kolesterol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.
Kolesterol
terbahagi kepada dua iaitu:
# kolesterol jahat (LDL) ~
membuatkan pembuluh darah tersumbat
# kolesterol baik (HDL) ~ membawa
kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan
seterusnya akan dikeluarkan
dari tubuh.
Namun
begitu, kolesterol juga penting untuk tubuh manusia kerana ia diperlukan untuk
pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit. Tetapi
harus ingat bahawa kandungan kolesterol normal dalam badan bergantung kepada
keperluan tubuh anda sendiri.
Tahukah
anda, kolesterol dalam tubuh akan pecah dan bertukar menjadi hormone yang
dinamakan steroid? Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk
mengawal jangkitan penyakit. Kerana itulah kandungan kolesterol yang seimbang
sangat diperlukan oleh badan.
Kolesterol
tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Ia
hanya dapat dikesan melalui profil lipid menerusi ujian darah yang merangkumi
jumlah kolesterol lipolprootein ketumpatan tinggi (HDL), kolesterol lipoprotein
ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat menentukan jumlah sebenar
kolesterol dalam badan sama ada jumlahnya normal, kurang atau tinggi.
Terdapat
beberapa factor yang memungkinkan anda mempunyai kandungan kolesterol tinggi
dalam tubuh. Antaranya ialah:
Ø
Pemakanan
: Gaya pengambilan makanan perlu dijaga supaya anda tidak mengambil makanan
yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolesterol dalam
badan.
Ø
Keturunan
: Sekiranya ibu atau bapa mempunyai kandungan kolesterol tinggi, ia mungkin
diwarisi oleh anak-anak. Oleh kerana itu, kolesterol menyerang sesiapa sahaja
tanpa mengira umur dan jantina.
Ø
Masalah
hati : Apabila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh rosak,
ia tidak mampu berfungsi dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol
dalam tubuh.
Tanda kolesterol tinggi
Seseorang
yang mempunyai kandungan kolesterol tinggi memungkinkan mereka mempunyai
tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut
mata, atau bahagian atas dan bawah kelopak mata. Ia boleh wujud dalam jumlah
yang banyak atau satu sahaja. Namun, tidak semua orang yang mempunyai masalah
kolesterol tinggi menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Bagi mereka yang bersaiz
gemuk, perokok atau mungkin mempunyai masalah darah tinggi, berkemungkinan
besar mempunyai kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Sentiasa pantau tahap
kolesterol di dalam darah supaya ia berada dalam keadaan terkawal kerana
kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau
stroke yang merupakan pembunuh utama kepada rakyat Negara ini.
Arterioscleriosrs
merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Jika kandungan kolesterol
tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi
sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran
darah tidak elastic serta tidak berfungsi dengan sempurna. Apabila lemak
membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan
membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung dan seseorang
itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi
dan pergerakan jantungnya.
Seseorang
yang mempunyai masalah kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui
gabungan di antara dua. Pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya.
Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi dan keduanya; mereka akan
diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka
yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan secara
serentak.
Sebagai
langkah pencegahan, makanlah makanan yang seimbang iaitu makanan yang
mengandungi protein, vitamin karbohidrat dan lemak. Sesiapa sahaja boleh
menhidapi masalah ini, tidak mengira umur mahupun jantina. Senaman boleh
menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, senaman
adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.
Usir kolesterol dengan….
Oatmeal
: Mengandungi serat yang larut dalam air dan mampu mengurangkan kolesterol
jahat. Lima hingga 10mg atau lebih serat larut dalam air per hari mampu
mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL. Epal, pir, dan prun juga merupakan
makanan yang mengandungi serat larut dalam air.
Ikan
& Omega 3 : Mampu menurunkan tekanan dan penggumpalan darah. Bagi mereka
yang mempunyai masalah jantung, ia mampu mengurangkan risiko serangan.
Kandungan lemak omega-3 banyak terdapat di dalam sardine, tuna dan salmon.
Seelok-eloknya ia dikukus atau dipanggang. Jika tidak suka ikan, boleh gantikan
dengan daging tanpa lemak atau ambil sahaja supplement omega-3.
Kacang
walnut, badam : Makan segenggam kacang ini sehari mampu menurunkan risiko sakit
jantung. Tetapi…. Jangan ditambah garam atau disalut gula ya!
Minyak
zaitun : Antioksidan yang terdapat di dalamnya mampu menurunkan kolesterol LDL.
Ambil kira-kira dua senduk makan minyak zaitun setiap hari sama ada untuk
menumis sayur atau mencampurnya dengan cuka sebagai salad dressing.
Pesan
4dtomeiiii kepada anda diluar sana….
“Jangan
terlalu ikutkan hati dan selera ketika makan. Mungkin anda sedaya upaya untuk
memenuhi selera makan anda dengan rasa manis, masin ataupun lemak secukupnya.
Tetapi…fikirlah bahawa kesedapan yang anda rasai seketika itu boleh mengundang
padah di kemudian hari. Jangan terlalu malas untuk beraktiviti walaupun anda
hanya seorang surirumah kerana kerja rumah juga mampu membuatkan anda berpeluh
dan membakar kalori.
Jika
anda tidak memikirkan kesihatan diri, fikirlah anda masih mempunyai orang-orang
tersayang di sekeliling yang perlu anda jaga dan kisahkan”
Till
then…
Salamceria
dari 4dtomeiiii…..
Jumpa
lagi J
No comments:
Post a Comment