heheheehe agak lama lah meninggalkan blog ni berdebu.... umpama suci dalam debu lah plak....
adeiiii kekalutan jadi student.... sibuk nak buat revision then nak hafal sana sini...iskkk
eh...lupa nak kabo....
ahkak jadik student belajo mandarin.... haishhh dah tetua cenggini banyak la pulak nak masuk kepala otak. Mana nak hafal character, nak ingat pin yin, nak lentur lidah lagi.... iskkk
Haish... bukan mengeluh... i love it.... cabaran baru.... :)
cuma tuntutan waktu buat saya agak terbatas jadinya...
Maka.... blog ni ler jadi mangsa tak berpenunggu....kekekeke (kesianlah ko wahai blog...jadik mangsa la plak tak pasal2...kan... )
Takpelah...dah alang2 bukak jenguk blog hari ni kan...
so...saya nak cerita lah sesikit pasal kelas mandarin tu.
Agak mengterujakan sebab lao shi adalah purely chinese from Beijing.... makanya, kami hanya bertutur dalam bahasa Inggeris or mandarin sahaja. Memula agak ternganga n melopong la jugak, tapi alhamdulillah lepas seminggu dua, semakin banyak vocab yang dapat dikuasai.... BRAVO la mama4dtomeiiii kan...
Iyelah...siapa nak puji if tak tepuk la bahu sendiri kan....
Dalam umur menghampiri 40an.... belajar bahasa asing merupakan cabaran yang agak besar bagi saya. Lebih2 lagi dengan gaya tulisan yang berbeza...banyak nak kena hafal tu....
Macam mana saya merealisasikannya???
HAHAHAHA kat sinilah gunanya OMEGAGUARDS SHAKLEE....
Mujurlah selama ni amalan menelan omega tanpa fail..... berguna tu dalam meningkatkan keupayaan untuk menghafal. Saya rasa mudah dan fokus..... Terima kasih lah omega eh. :)
Caner rupa omega tu??? Oooo softgel asid lemak omega 3 ni ha....cenggini rupanya...
4dtomeiiii pun makan omega ni.... senang je ha nak telan.
Jomlah cuba yer...
Oklah sekian dulu buat kali ni.... 4dtomeiiii ada homework sikit nak siapkan....
salamsayang4dtomeiiii :)
Tips 4D Tomeiiii
Cantik Luaran Sihat Dalaman bersama Shaklee
Monday, 23 September 2013
Thursday, 5 September 2013
Set Cadangan Migraine.....
Anda sakit kepala???
Sakit kepala biasa-biasa... atau....sakit kepala melampau????
Sakit kepala melampau yang boleh berpanjangan beberapa hari dikatakan adalah migraine.
Sila dapatkan nasihat doktor dan jalani pemeriksaan yang sewajarnya.....
Hehehehe pesanan penaja tu...
Ok...dalam entry sebelum ni kita dah tau serba sedikit pasal jenis sakit kepala dan cara merawat sakit kepala tanpa bantuan aspirin kan.....
So....hari ini...4dtomeiiii nak berkongsi info mengenai menghindar dan mengurangkan sakit kepala dengan set cadangan Shaklee....
Ha.... tu dia....
Dikatakan tahap magnesium yang rendah di dalam badan seseorang juga memudahkan dia diserang sakit kepala dan migraine. Jadi... sebab itulah Shaklee mengesyorkan pengambilan 4 biji ostematrix setiap hari untuk membekalkan jumlah kalsium dan mineral lain secukupnya setiap hari...
Selain daripada 2 items ni.... boleh juga if nak ambil vivix.
Nak tau pasal vivix.... ok tunggu entry seterusnya... :)
Sekian dulu buat kali ini....
Salamsayang4dtomeiiii
your Shaklee Independent Distributor
SID 911292 Tina 0183112118
Selangor / Putrajaya / KL
Sakit kepala biasa-biasa... atau....sakit kepala melampau????
Sakit kepala melampau yang boleh berpanjangan beberapa hari dikatakan adalah migraine.
Sila dapatkan nasihat doktor dan jalani pemeriksaan yang sewajarnya.....
Hehehehe pesanan penaja tu...
Ok...dalam entry sebelum ni kita dah tau serba sedikit pasal jenis sakit kepala dan cara merawat sakit kepala tanpa bantuan aspirin kan.....
So....hari ini...4dtomeiiii nak berkongsi info mengenai menghindar dan mengurangkan sakit kepala dengan set cadangan Shaklee....
Ha.... tu dia....
Dikatakan tahap magnesium yang rendah di dalam badan seseorang juga memudahkan dia diserang sakit kepala dan migraine. Jadi... sebab itulah Shaklee mengesyorkan pengambilan 4 biji ostematrix setiap hari untuk membekalkan jumlah kalsium dan mineral lain secukupnya setiap hari...
Selain daripada 2 items ni.... boleh juga if nak ambil vivix.
Nak tau pasal vivix.... ok tunggu entry seterusnya... :)
Sekian dulu buat kali ini....
Salamsayang4dtomeiiii
your Shaklee Independent Distributor
SID 911292 Tina 0183112118
Selangor / Putrajaya / KL
Tuesday, 3 September 2013
Atasi sakit kepala tanpa ubat....
HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT????
Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya
kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas
bangun nanti. Namun, bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat? Atau sakit
kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat? Berikut adalah beberapa tips berguna dalam
mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:
i.
Minum air kosong / air limau purut
/ teh
a.
Badan anda kemungkinan mengalami
dehidrasi. Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik sama
ada air kosong, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong
perlahan-lahan dan berehatlah.
ii.
Bernafas lebih tenang sambil
menutup mata
a.
Kajian menunjukkan kurang 50%
penduduk dunia bernafas secara ‘betul’. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat
kekurangan oksigen. Jadi, tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam buat seketika
sambil pejamkan mata (rehatkan otot mata).
iii.
Spa / Stim / Mandi wap panas
a.
Berendam dalam air panas atau
dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk
kegunaan di rumah. Anda juga boleh mengunjungi spa berdekatan untuk mendapatkan
rawatan stim.
iv. Picit / urutan kepala
a.
Ambil tuala kecil dan basahkan
dengan air sejuk. Tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher
belakang. Cara ini dapat mengurangkan ketegangan yang berlaku di sekitar
kepala.
v. Meditasi / tidur
a.
Cara paling mudah dan berkesan.
Berhentilah daripada melakukan sebarang pekerjaan. Tutup lampu / langsir /
televisyen dan lain-lain. Berehat dan tidurlah dengan aman.
vi. Fikirkan perkara yang menenangkan.
a.
Sakit kepala ada kalanya timbul
akibat stress dan terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan. Apakah anda
kerap mengerutkan dahi, meninggikan suara ketika marah mahupun menjerit ketika
dalam kesesakan jalan raya? Jika jawapannya ya, kurangkan daripada bersikap
begitu. Jika situasi begitu sering anda lalui, berhentilah, kemudian tarik
nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut. Ulang sebanyak dua kali.
Okay.... itulah di antara cara n kaedah nak hilangkan sakit kepala tanpa menelan sebarang ubat-ubatan....
Bolehlah try amalkan eh...
Ok.... tak lama je lagi....entry seterusnya...
4dtomeiiii akan berkongsi tips daripada shaklee pula ek.
sekian dulu....
salamsayang4dtomeiiii :)
your Shaklee Independent Distributor
SID 911292 Tina Ismail
Selangor / KL / Putrajaya
Okay.... itulah di antara cara n kaedah nak hilangkan sakit kepala tanpa menelan sebarang ubat-ubatan....
Bolehlah try amalkan eh...
Ok.... tak lama je lagi....entry seterusnya...
4dtomeiiii akan berkongsi tips daripada shaklee pula ek.
sekian dulu....
salamsayang4dtomeiiii :)
your Shaklee Independent Distributor
SID 911292 Tina Ismail
Selangor / KL / Putrajaya
Saturday, 31 August 2013
Sakit Kepala????
Pelbagai jenis sakit kepala & cara mengatasi
Cuba perhatikan postur badan anda. Adakah ia dalam posisi yang betul? Ketika berdiri sebetulnya tahan bahu ke belakang dan kepala ke atas. Tahan perut ke dalam dan turunkan sedikit dagu. Ketika duduk pula, pastikan peha selari dan kepala tidak ke depan.
CLUSTER HEADACHE:
SAKIT KEPALA KERANA HIPERTENSI:
Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit sakit kepala tidak kira siapa ataupun pekerjaan apa. Sebenarnya terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi. Antaranya ialah kurang tidur, stress disebabkan kerja (surirumah tidak terkecuali) atau tekanan pelajaran.
Ia boleh terjadi pada keseluruhan atau sebahagian kepala. Lebih teruk, ia boleh menjalar ke wajah, mata, gigi, rahang bawah dan leher. Ia boleh datang dalam bentuk nyilu, berdenyut-denyut, berat, menusuk dan pelbagai lagi. Ada yang hanya mengalaminya sekejap sahaja, namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.
Kenali jenis-jenis sakit kepala yang anda alami dan langkah pencegahan yang anda perlukan.
Sakit kepala yang biasa kita dengar ialah migraine, tension headache dan cluster headache. Sakit kepala jenis ini sering dialami oleh kaum wanita. Ia dikenali sebagai penyakit utama (primer)yang berkaitan dengan aktiviti kimia di dalam otak, pembuluh darah dan saraf atau masalah otot kepala dan leher. Biasanya sakit seperti ini berkaitan dengan aktiviti tertentu seperti sakit kepala berat kerana aktiviti lasak, batuk atau bersin atau selepas hubungan intim. Sakit kepala primer juga disebabkan oleh factor hormone, pengambilan alcohol, pemakanan, perubahan pola tidur / kurang tidur, ubat-ubatan, lewat makan, serta tekanan fizikal dan mental.
Sakit kepala sekunder pula terjadi berpunca daripada penyakit lain. Ia seperti tumor otak, influenza, radang selaput otak, penyakit berkaitan mata, radang hidung, dan sinus serta hipertensi. Sakit kepala akibat radang sinus atau hipertensi antara punca yang sering menyebabkan keadaan ini berlaku.
AWAS!!!!
Sakit kepala boleh juga menjadi tanda penyakit kronik seperti strok, tumor dan radang otak. SEGERALAH berjumpa pakar jika anda mengalami sakit kepala yang teruk atau sakit kepala yang disertai gejala-gejala berikut:
ü Sukar berkata-kata
ü Pitam atau pengsan
ü Suhu demam melebihi 39 darjah celcius
ü Pening berterusan
ü Mual atau muntah yang tidak diketahui punca
ü Sukar berjalan
ü Rasa lemah atau lumpuh sebahagian badan
ü Leher kejang
ü Sukar melihat
ü Bingung atau sukar memahami percakapan
ü Perubahan tingkah laku
SAKIT KEPALA SINUS:
Jika anda sering mengalami tekanan sekitar mata, pipi dan kening serta kepala berdenyut-denyut, ia mungkin disebabkan penyakit sinusitis. Walau bagaimanapun, jangan membuat andaian sendiri berkaitan penyakit ini kerana ramai menyangkakan mereka menghidap sakit kepala sinus tetapi sebenarnya mereka cuma mengalami migraine atau tension headache saja. Pergilah membuat pemeriksaan dengan pakar dan jika disahkan anda menghidap sinusitis, anda mungkin akan diberi antibiotic, ubat untuk melegakan pernafasan (nasal spray) ataupun terpaksa melakukan pembedahan. Jadi, untuk mengelakkan ia terjadi, jagalah kebersihan saluran sinus, selalu mencuci tangan, jangan merokok atau terdedah kepada asap dan prihatin dengan tahap kelembapan udara sekeliling anda.
TENSION HEADACHE:
Ia boleh menyebabkan rasa sakit (ringan atau sedang) di sekeliling kepala, leher dan wajah. Boleh terjadi sekiranya anda stress, cemas, atau letih. Sakit kepala seperti ini bersifat umum dan puncanya masih belum dikenalpasti. Namun ia mudah diubati dengan cara berikut:
ü Makan ubat yang betul
ü Tuamkan ais yang dibungkus dengan kain ke kepala
ü Mandi di bawah pancuran air hangat
ü Mengatur jadual kerja dengan baik
ü Ambil sedikit masa untuk diri sendiri dengan cara berehat santai atau bercuti
ü Picit perlahan pada bahagian otot kepala, leher dan bahu dengan hujung jari anda atau minta orang lain untuk melakukannya.
Cuba perhatikan postur badan anda. Adakah ia dalam posisi yang betul? Ketika berdiri sebetulnya tahan bahu ke belakang dan kepala ke atas. Tahan perut ke dalam dan turunkan sedikit dagu. Ketika duduk pula, pastikan peha selari dan kepala tidak ke depan.
MIGRAIN:
Ia menyebabkan rasa sakit berulang-ulang di satu sisi kepala selama beberapa jam dan ada yang berlanjutan sehingga beberapa hari. Lebih teruk, anda hanya ingin berbaring di tempat gelap dan sunyi. Ada yang mendapat tanda-tanda migraine seperti terlihat kilatan cahaya, lemas atau kebas pada kaki dan lengan. Kadang-kadang ia turut disertai rasa mual, muntah dan sangat sensitive terhadap cahaya dan bunyi. Wlaupun tidak dapat disembuhkan, ubat-ubatan cukup membantu. Jika masih tidak berkesan, berjumpalah dengan doctor. Di sini ada beberapa cara yang boleh mengurangkan symptom migraine:
ü Lakukan perubahan pada gaya hidup anda
ü Lakukan meditasi atau yoga dan peruntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk perkara yang menenangkan seperti membaca muzik, berkebun atau membaca.
ü Dapatkan tidur yang cukup. Bagi orang dewasa, enam hingga lapan jam sudah mencukupi. Sebaiknya tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
ü Jika stress, berehat di tempat gelap dan sunyi.
ü Sediakan satu diari dan tuliskan apa sahaja berkaitan migraine anda. Catatan tersebut membantu anda berjaga-jaga dengan punca migraine dan mencari rawatan yang berkesan.
CLUSTER HEADACHE:
Sakit kepala jenis ini cukup menyakitkan. Kepala terasa seperti ditusuk pada satu bahagian dan kebiasaannya berlaku di sekitar mata. Ia sering menyerang kaum lelaki di malam hari dan ia berkait rapat dengan pengambilan alcohol. Ia boleh terjadi berminggu-minggu malah lebih teruk berbulan-bulan. Namun, ia tidak seteruk mereka yang mengalami migraine atau tension headache. Pelbagai rawatan dapat membantu untuk mengurangkan daripada terkena serangan. Ubat yang sesuai turut membantu. Selain itu, anda boleh mengikuti panduan ini:
ü Jauhi minuman beralkohol
ü Kurangkan pengambilan garam dalam makanan
ü Tetapkan rutin tidur anda setiap hari
ü Jangan merokok atau jauhi diri dari asap rokok
ü Elakkan dari terdedah atau terhidu bahan-bahan yang mudah meruap seperti minyak tanah atau cat minyak.
SAKIT KEPALA KERANA HIPERTENSI:
Hipertensi atau tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya, kepala terasa berat dan leher menjadi tegang. Selain factor keturunan, cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Elak atau kurangkan makanan tinggi lemak, bergaram, jangan stress dan rajin bersenam. Jika anda sakit kepala kerana tekanan darah tinggi, segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Bagi yang sudah sedia mempunyai penyakit ini, pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak mencukupi. Ia harus disertai dengan amalan gaya sihat.
Credit to majalah RAPI for the article.....
Nak tau apa yang boleh shaklee bantu untuk meredakan atau menghalang sakit kepala berpanjangan???
ok....sila tengok entry akan dtg ok...
4dtomeiiiiloveuols... :))
Nak tau apa yang boleh shaklee bantu untuk meredakan atau menghalang sakit kepala berpanjangan???
ok....sila tengok entry akan dtg ok...
4dtomeiiiiloveuols... :))
SEPTEMBER sudah???
Semalam MERDEKA DAY.....
Selamat HARI KEMERDEKAAN yg ke 56 wahai rakyat Malaysia.... :)
hari ni dah September...
Perjuangan bulan baru bermula...
Lama betul saya tgl kn blog ni.... banyak hal yg berlaku sepanjang musim puasa n raya...
Apapun segalanya dah berlalu..
terima segalanya dengan sabar dan redha...
TERIMA KASIH ya ALLAH atas segala ujian n dugaan yg membuatkan kami semakin bersyukur dan tabah....
Jom mulakan bulan baru dengan ceria... :)
salamsayang4dtomeiiii :)
Selamat HARI KEMERDEKAAN yg ke 56 wahai rakyat Malaysia.... :)
hari ni dah September...
Perjuangan bulan baru bermula...
Lama betul saya tgl kn blog ni.... banyak hal yg berlaku sepanjang musim puasa n raya...
Apapun segalanya dah berlalu..
terima segalanya dengan sabar dan redha...
TERIMA KASIH ya ALLAH atas segala ujian n dugaan yg membuatkan kami semakin bersyukur dan tabah....
Jom mulakan bulan baru dengan ceria... :)
salamsayang4dtomeiiii :)
Thursday, 11 July 2013
Kawal kolesterol....
Salam Ramadhan.....
Alhamdulillah dah masuk hari ke 3. :)
Alhamdulillah juga selama 2 hari berbuka dan bersahur, 4dtomeiiii masih dapat menjaga diet dengan betul dan tiada pembaziran insyaAllah.... hehehe sbb take de pegi PARAM a.k.a bazaar ramadhan....
Oklah hari ni jom kita tengok supplement yg bersesuaian untuk menangani kolesterol.
Hah.... jgn pitam2dulu....jom baca!!!
Hmmm banyak pilihan yang ada kan..... buatlah pilihan mengikut kesesuaian tekak anda...hehehe
Tak semestinya ambil semua, tapi kalau nak ambil semua agak bagus juga, sebab bukan hanya kolesterol yg menjadi sasaran kita.....keseluruhan tubuh luar dan dalaman dapat manfaatnya.....
Cantik luaran n sihat dalaman.... hehehe itulah fb page 4dtomeiiii silalah jenguk eh.
Oklah.... dah baca, dah hadam, buatlah pilihan bijak....
Till then... salamceria 4dtomeiiii
FB page : https://www.facebook.com/CantikLuaranNSihatDalaman
Pm/Whatsapp : 0183112118
SID : 911292
Alhamdulillah dah masuk hari ke 3. :)
Alhamdulillah juga selama 2 hari berbuka dan bersahur, 4dtomeiiii masih dapat menjaga diet dengan betul dan tiada pembaziran insyaAllah.... hehehe sbb take de pegi PARAM a.k.a bazaar ramadhan....
Oklah hari ni jom kita tengok supplement yg bersesuaian untuk menangani kolesterol.
Hah.... jgn pitam2dulu....jom baca!!!
Pemilihan menu bagi sesiapa yang berkolesterol tinggi.... perlulah kurang garamnya.. kurang lemaknya.... seimbanglah serba serbi.... pepandailah agak2 time memasak tu kan..... |
Jus Buahan segar adalah pilihan terbaik untuk iftar..... bukan sahaja segar, sedap, malahan nutrisi yang terdapat di dalamnya pelbagai dan semulajadi...maknanya..... tiada gula tambahan.... :) |
Ha..... ni lah dia guideline level kolesterol kita..... anda di mana???? ok ker.... biasa2 je ker.... atau tak berapa nak ok?? hehehe jangan lah susah hati sangat..... cuba ambil supplements berikut: |
Antara supplement terbaik untuk mengawal kolesterol dalam badan. Nak cuba????? Saya dah cuba & amat menyukainya.... anda bila lagi??? kekeke macam ayat iklan lah puloks |
Baca ajelah kat slide tu...boleh nampakkan...... Antara supplement terbaik.... 1001 khasiat dalam Alfalfa ni, dari hujung rambut sampai hujung kaki lah benefitnya..... saya suker!!! |
Ini pun favourite saya juga..... hahahaaha semua suka, apa je yg 4dtomeiiii tak suka gamaknya. :) |
Heroin yang amatlah berbakti kepada kaum hawa khasnya..... kulit cantik, dalaman sihat, segalanyalah dengan GLA Compleks ni ha. Membekalkan asid lemak omega-6 |
Hmmm banyak pilihan yang ada kan..... buatlah pilihan mengikut kesesuaian tekak anda...hehehe
Tak semestinya ambil semua, tapi kalau nak ambil semua agak bagus juga, sebab bukan hanya kolesterol yg menjadi sasaran kita.....keseluruhan tubuh luar dan dalaman dapat manfaatnya.....
Cantik luaran n sihat dalaman.... hehehe itulah fb page 4dtomeiiii silalah jenguk eh.
Oklah.... dah baca, dah hadam, buatlah pilihan bijak....
Till then... salamceria 4dtomeiiii
FB page : https://www.facebook.com/CantikLuaranNSihatDalaman
Pm/Whatsapp : 0183112118
SID : 911292
Wednesday, 10 July 2013
KOLESTEROL????
Kolesterol…..
tidak mengira saiz badan
Masalah
kolesterol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi.
Tanggapan itu silap kerana kandungan kolesterol tinggi dalam darah sebenarnya
tiada kaitan secara langsung dengan saiz badan seseorang. Jadi, anda janganlah
hairan jika orang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol tinggi.
Apa itu
kolesterol????
Kolesterol
merupakan sejenis zat dalam golongan lemak. Ia boleh didapati dengan kadar
tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran. Sama seperti
minyak sapid an susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega. Kandungan
kolesterol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.
Kolesterol
terbahagi kepada dua iaitu:
# kolesterol jahat (LDL) ~
membuatkan pembuluh darah tersumbat
# kolesterol baik (HDL) ~ membawa
kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan
seterusnya akan dikeluarkan
dari tubuh.
Namun
begitu, kolesterol juga penting untuk tubuh manusia kerana ia diperlukan untuk
pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit. Tetapi
harus ingat bahawa kandungan kolesterol normal dalam badan bergantung kepada
keperluan tubuh anda sendiri.
Tahukah
anda, kolesterol dalam tubuh akan pecah dan bertukar menjadi hormone yang
dinamakan steroid? Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk
mengawal jangkitan penyakit. Kerana itulah kandungan kolesterol yang seimbang
sangat diperlukan oleh badan.
Kolesterol
tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Ia
hanya dapat dikesan melalui profil lipid menerusi ujian darah yang merangkumi
jumlah kolesterol lipolprootein ketumpatan tinggi (HDL), kolesterol lipoprotein
ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat menentukan jumlah sebenar
kolesterol dalam badan sama ada jumlahnya normal, kurang atau tinggi.
Terdapat
beberapa factor yang memungkinkan anda mempunyai kandungan kolesterol tinggi
dalam tubuh. Antaranya ialah:
Ø
Pemakanan
: Gaya pengambilan makanan perlu dijaga supaya anda tidak mengambil makanan
yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolesterol dalam
badan.
Ø
Keturunan
: Sekiranya ibu atau bapa mempunyai kandungan kolesterol tinggi, ia mungkin
diwarisi oleh anak-anak. Oleh kerana itu, kolesterol menyerang sesiapa sahaja
tanpa mengira umur dan jantina.
Ø
Masalah
hati : Apabila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh rosak,
ia tidak mampu berfungsi dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol
dalam tubuh.
Tanda kolesterol tinggi
Seseorang
yang mempunyai kandungan kolesterol tinggi memungkinkan mereka mempunyai
tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut
mata, atau bahagian atas dan bawah kelopak mata. Ia boleh wujud dalam jumlah
yang banyak atau satu sahaja. Namun, tidak semua orang yang mempunyai masalah
kolesterol tinggi menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Bagi mereka yang bersaiz
gemuk, perokok atau mungkin mempunyai masalah darah tinggi, berkemungkinan
besar mempunyai kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Sentiasa pantau tahap
kolesterol di dalam darah supaya ia berada dalam keadaan terkawal kerana
kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau
stroke yang merupakan pembunuh utama kepada rakyat Negara ini.
Arterioscleriosrs
merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Jika kandungan kolesterol
tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi
sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran
darah tidak elastic serta tidak berfungsi dengan sempurna. Apabila lemak
membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan
membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung dan seseorang
itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi
dan pergerakan jantungnya.
Seseorang
yang mempunyai masalah kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui
gabungan di antara dua. Pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya.
Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi dan keduanya; mereka akan
diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka
yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan secara
serentak.
Sebagai
langkah pencegahan, makanlah makanan yang seimbang iaitu makanan yang
mengandungi protein, vitamin karbohidrat dan lemak. Sesiapa sahaja boleh
menhidapi masalah ini, tidak mengira umur mahupun jantina. Senaman boleh
menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, senaman
adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.
Usir kolesterol dengan….
Oatmeal
: Mengandungi serat yang larut dalam air dan mampu mengurangkan kolesterol
jahat. Lima hingga 10mg atau lebih serat larut dalam air per hari mampu
mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL. Epal, pir, dan prun juga merupakan
makanan yang mengandungi serat larut dalam air.
Ikan
& Omega 3 : Mampu menurunkan tekanan dan penggumpalan darah. Bagi mereka
yang mempunyai masalah jantung, ia mampu mengurangkan risiko serangan.
Kandungan lemak omega-3 banyak terdapat di dalam sardine, tuna dan salmon.
Seelok-eloknya ia dikukus atau dipanggang. Jika tidak suka ikan, boleh gantikan
dengan daging tanpa lemak atau ambil sahaja supplement omega-3.
Kacang
walnut, badam : Makan segenggam kacang ini sehari mampu menurunkan risiko sakit
jantung. Tetapi…. Jangan ditambah garam atau disalut gula ya!
Minyak
zaitun : Antioksidan yang terdapat di dalamnya mampu menurunkan kolesterol LDL.
Ambil kira-kira dua senduk makan minyak zaitun setiap hari sama ada untuk
menumis sayur atau mencampurnya dengan cuka sebagai salad dressing.
Pesan
4dtomeiiii kepada anda diluar sana….
“Jangan
terlalu ikutkan hati dan selera ketika makan. Mungkin anda sedaya upaya untuk
memenuhi selera makan anda dengan rasa manis, masin ataupun lemak secukupnya.
Tetapi…fikirlah bahawa kesedapan yang anda rasai seketika itu boleh mengundang
padah di kemudian hari. Jangan terlalu malas untuk beraktiviti walaupun anda
hanya seorang surirumah kerana kerja rumah juga mampu membuatkan anda berpeluh
dan membakar kalori.
Jika
anda tidak memikirkan kesihatan diri, fikirlah anda masih mempunyai orang-orang
tersayang di sekeliling yang perlu anda jaga dan kisahkan”
Till
then…
Salamceria
dari 4dtomeiiii…..
Jumpa
lagi J
Subscribe to:
Posts (Atom)